Suasana tempat tinggal main peranan penting dalam hidup

photography-landscape-cityscape-sky-wallpaper-preview

Hari ni aku datang ziarah keluarga isteri aku dekat sunway. Dekat je tempat tinggal dorang dengan sunway pyramid. Tak tahu kenapa bila datang area sunway ni aku rasa macam satu feeling yang best sangat. Tak dapat rasa yang sama macam tinggal kat Semenyih.

Bila sampai je tadi aku terus rasa meriah semacam. Yelah kalau kat Semenyih tu aku tinggal kat kawasan baru. Bila kawasan baru ni macam sunyi sikitlah. Nak tunggu suasana jadi macam kat sunway tadi mungkin ambil masa beberapa tahun lagi.

Ada orang suka kan suasana yang meriah ramai orang. Ada orang yang sukakan kawasan ketenangan. Untuk aku sendiri, pengalaman sebelum ni duduk Cheras, duduk chowkit, duduk bukit jalil sampai lah yang terbaru ni duduk kat Semenyih, memang setiap tempat tu ada kelebihan dan kekurangan.

Tapi yang paling penting, macam mana kita sesuaikan diri dan dalam masa yang sama kita cuba cari tempat tinggal yang serasi dan boleh bagi kesan positif dalam hidup kita. Pilihan tu kita sendiri yang kena buat.

Rumah mainkan peranan penting dalam hidup. Carilah tempat tinggal yang selesa, bukan setakat untuk diri kita sendiri,

Paling penting untuk kita besarkan anak-anak kita nanti.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge