SUDAH LAH AYAH

Roda-ferris

Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu datang dari seluruh ceruk kampung. Ada orang tua, muda, kanak-kanak, pasangan yang sedang hangat bercinta semuanya bergembira dan bersuka ria.

Ada bermacam-macam permainan yang terdapat di taman tema. Permainan yang paling Giman suka ialah kapal gergasi dan roda Ferris. Seronok bila naik roda yang sangat tinggi tu. Giman boleh nampak seluruh kawasan kampung dan suasana malam yang sangat indah dan menarik.

TIDAK LAGI

Bila Giman ingat-ingat balik memang seronok sangat waktu tu. Tapi sekarang dah tak sama macam dulu lagi dah. Semuanya dah tak seindah seperti sebelum ini. Satu persatu masalah datang menimpa keluarga Giman. Keluarga Giman yang dulunya sangat bahagia tapi kini Giman rasakan seperti suram dan duka.

Semuanya berpunca apabila ayah Giman diberhentikan kerja. Syarikat tempat ayah mencari nafkah terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi yang melanda. Kesemua pekerja diberhentikan serta merta dan diberi notis 24 jam untuk mengosongkan pejabat. Huru hara berlaku dan ramai pekerja yang meratapi nasib mereka.

KRISIS GLOBAL

Hilang sudah punca pendapatan hakiki. Kebanyakan syarikat-syarikat di seluruh negara mengalami nasib yang sama. Tidak kira samada pekerja lama atau pekerja baru, mereka terpaksa akur dengan kejadian tidak di ingini berlaku. Yang tinggal hanyalah pekerja-pekerja yang berkepentingan besar dalam syarikat sahaja.

Tiada satu pun yang boleh memberi alasan yang kukuh atas perkara yang berlaku. Masing-masing saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Pihak atasan bergaduh sesama mereka dan berperang untuk mempertahankan jawatan yang telah dipegang. Yang menjadi mangsa sudah tentu orang yang berada dibawah.

PASTI TIBA

Bersabarlah ye ayah. Giman pasti akan bantu ayah untuk naikkan kembali ekonomi keluarga kita. Walaupun umur Giman baru sembilan tahun, Giman akan bantu ayah sedaya upaya yang boleh. Giman akan teman ayah berjalan satu kampung sambil kita berniaga dari rumah ke rumah.

Ayah janganlah bersusah hati lagi ya. Kita simpan duit sikit-sikit, kita kembangkan perniagaan yang sedia ada. Bila dah maju nanti, keluarga kita akan kembali menjadi senang dan gembira semula. Lepastu kita pergi ke taman tema sama-sama lagi ya ayah. Sudah lah ayah. Jangan menangis lagi ya. Kuatkan semangat. Ayah pasti boleh.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge