Nak dekat hampir 7 tahun juga kenal dengan kawan aku yang sorang ni. Tapi selama kenal tu tak pernah langsung kitorang berjumpa. Setakat sembang dalam fb je. Daripada start kitorang belum kahwin, sampai lah masing-masing dah ada 2 orang anak.
Mungkin sebab sebelum ni masing-masing sibuk dengan life sendiri. So ada banyak sebab untuk taknak jumpa dulu tu. Haritu kebetulan aku ada perasan kat status whatsapp dia ada jual kek coklat. So aku ambil keputusan untuk beli dan ajak dia jumpa.
Awal-awal tu agak keberatan juga tap bila dia dapat order kat seri kembangan, so alang-alang terus jumpa sekali. Lepak lah kitorang kat paparich permaisuri. Asalnya nak lepak mamak je, tapi sebab lepak cafe lagi tenang, senang nak borak.
So masa jumpa tu aku pun tanya lah bisnes macam mana, kerja macam mana, anak dan husband apa khabar? Rupanya kawan aku ni pjj dengan husband dia, maksudnya perhubungan jarak jauh. Husband dia pelakon dan ada buat bisnes kat kampung juga.
Bila aku dengar dorang pjj, aku pun tanya macam mana income hakiki sekarang ni? Dia kata pun cukup pakai. Aku tanya sampai bila nak pjj dengan husband? Pastu dia senyap dan angkat bahu tak tahu. Tapi aku dapat rasa apa yang dia rasa.
Aku pun tunjukkan apa peluang yang dia dapat kalau kata dia berminat nak join sesama buat bisnes dengan aku. Lepas tunjukkan market share, income plan, career path dia dalam bidang sales ni, baru lah faham macam mana nak buat tu. So dia tunggu husband dia turun kl. Baru boleh bagi jawapan.
Insha ALLAH aku doakan semoga dipermudahkan. Yang pasti dia ada pilihan dan tak perlu nak kena pjj dengan husband lagi dah.
Artikel menarik untuk anda:
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
Bantu kawan-kawan di dalam kesusahan
Mungkin kita tak perasan, sebenarnya kat sekeliling kita ini ada ramai kawan yang perlukan bantuan. Ada yang perlukan bantuan makanan, ada yang…... Baca selanjutnya »
AKU JUGA PUNYA PELUANG
Pertama kali memandang wajah anak-anak setelah sebulan tidak berjumpa memang terasa begitu gembira tidak terkata. Kerinduan yang menyelubungi diri seakan begitu menggamit…... Baca selanjutnya »
Beri peluang isteri bersuara
Bila berbincang tentang cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, kita sebagai suami tak boleh nak pentingkan diri. Jangan jadi diktator dalam keluarga…... Baca selanjutnya »
Kongsi peluang perniagaan dengan anak muda
Jumpa anak-anak muda ni tadi, teringat pula zaman-zaman baru habis sekolah dulu. Masa tu fikir nak enjoy je. Takde fikir pun nak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions