Support lah sikit bila kawan berniaga

sentiasa-yakin-dengan-keupayaan-diri

Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa lagi. Betul tak? Kawan tu takde lah mengharapkan kita ni hari-hari beli barang yang dorang jual. Tapi kalau datang sekadar lepak pun dorang dah happy dah.

Ajak dia berborak, bagi kata-kata semangat. Lepas tu bagi nasihat daripada pengalaman kita sebelum ini. Tak kisah lah daripada pengalaman kita sendiri ataupun daripada pengalaman orang lain yang kita dah pernah. Pun boleh jadikan salah satu sumber inspirasi untuk kawan kita yang tengah niaga.

Semua orang akan lalui fasa yang sama

Berniaga ni tak senang. Proses yang perlu di lalu mungkin tak seindah bila kita dah tengok kejayaan orang itu. Orang yang capai matlamat dia dalam business ini selalunya tak pernah ada jalan singkat yang boleh buat dia sukses dan dapat penghargaan daripada orang lain. Semuanya mula dengan kesusahan.

Tapi apa yang buatkan dia boleh bertahan walaupun diuji oleh macam-macam dugaan? Ada banyak sebab sebenarnya. Yang paling penting kena tau kenapa kita berniaga. Benda ini kena clear dengan diri sendiri. Kena tahu sebab apa ambil keputusan untuk terjun dalam bidang niaga.

Malu bertanya poket tak berisi

Bila dah tau sebab apa nak niaga, baru lah kita akan berniaga sungguh-sungguh. Kita tak buat disebabkan orang suruh. Dalam perniagaan tak boleh orang yang lain yang paksa. Mesti kena ada kerelaan daripada hati sendiri. Kalau buat sebab orang alamat dia memang takkan boleh kekal lama lah cerita dia. Bila jumpa susah sikit terus lari.

Takde rasa nak cari macam mana cara nak selesaikan. Paling teruk bila pandai-pandai buat sendiri tak pernah nak bertanya ego tak bertempat. Bahaya bila ada perasaan macam ini. Percayalah dengan attitude sama kalau dikekalkan bukan takat dalam bidang niaga, mana-mana bidang pun takkan boleh berkembang.

Tingkatkan keyakinan dan kredibiliti diri

So bila tau kehidupan dan cabaran seorang fighter peniaga ini tak sama macam manusia yang lain, kena lah selalu berdamping dan belajar ilmu kehidupan dengan dorang. Kebanyakan peniaga lagi-lagi yang lama, dorang ini ada banyak pengalaman naik turun jatuh bangun yang boleh dijadikan iktibar untuk kita sendiri.

Kemudian yang baik kita jadikan sumber rujukan untuk kita bergerak lebih jauh dan lebih padu. Tak salah pun bila kita sama-sama belajar sebab setiap pengalaman yang dilalui orang lain tu takkan sama. Takkan mungkin boleh serupa. Lagi banyak kita memberi manfaat dekat orang lain.

Lagi banyak sebenarnya kita mula kenal potensi yang ada dalam diri. Secara tak langsung kita boleh perbaiki part mana yang kurang supaya masa akan datang kita tak buat dah kesalahan yang sama. Apa pun, siapa yang tak pernah berniaga sebelum ini. Cuba-cuba lah buat pendapatan dalam bidang perniagaan.

Baru kau faham apa itu ertinya kebergantungan penuh bulat-bulat pada Yang Maha Esa . Wallahualam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge