Susah ke nak buat jualan?

dalam-niaga-bahaya-kalau-bergerak-sorang-sorang

Aku dah pernah bagitau dekat kau sebelum ini kan. Bidang niaga ini tak senang. Dan tak susah juga. Bergantung seberapa cepat kau nak hadam proses pembelajaran yang kau kena ikut.

Bila aku bagitau kau kena belajar, betul terus terang aku cakap kau memang kena belajar. Maksudnya kat sini kau boleh diajar dan kau willing untuk nak di ajar.

Kesilapan besar bila kau nak belajar tapi kau tak boleh terima apa yang diajar. Sebab apa? Sebab nanti kau akan pertikaikan semua perkara yang dah diajar.

Kau akan bagi alasan yang orang lain boleh buat, tapi aku tak boleh buat. Aku tak pandai macam orang tu. Kalau aku jual takde orang nak beli dengan aku.

Jangan cepat judge diri sendiri tak boleh

Aku dah buat hari-hari benda yang sama tapi still tak jadi juga. Ni contoh-contoh alasan yang kau akan bagi bila kau tak boleh terima apa yang orang ajar.

Kau ego, kau rasa apa yang orang bagitau kau tu tak betul. Mulut kau cakap benda tu betul. Tapi kau tak ikut apa yang orang cakap. Kau buat hal sendiri.

Sedangkan apa yang orang bagitau tu sebenarnya orang tu sendiri mesti dah pernah lalui apa yang kau lalui. Dah banyak kali pesan sebelum ini, kau follow je apa yang orang ajar.

Tapi tak. Bila kau dapat satu dua rejection kau blah. Bila kau dah penat buat aktiviti kat luar, kau pertikaikan Allah tak nak bagi rezeki kat kau.

Bahaya bila banyak alasan

Kenapa suka sangat nak bagi alasan macam ini. Kau pernah tak fikir macam mana cara untuk kau nak improve kan kerja kau. Macam mana nak improve kan skil dan talent kau.

Takkan semua benda kau nak harapkan orang suap masuk dalam mulut kau. Padahal kau sendiri takde inisiatif untuk nak pergi keluar dan cari guru nak belajar.

Dalam bidang sales tahun 2020 yang makin mencabar ini, sebenarnya kau dah tak sempat langsung nak bagi alasan untuk kau tak buat dengan sungguh-sungguh.

Sebab apa? Kalau kau terus duduk dalam persekitaran diri kau sendiri yang penuh dengan alasan, benda itu akan menyebabkan kau susah untuk nak growth.

Kehidupan selesa yang tak selesa

Kau akan duduk dalam comfort zone kau sendiri dalam pada kau tak sedar sebenarnya. Padahal zon selesa yang kau tengah duduk tu takdelah seselesa mana sangat pun.

Kau kena cepat-cepat ubah mentaliti dan pemikiran kau keluar daripada sudut pandangan yang negatif. Kau kena percaya, kalau orang lain boleh buat, aku mesti boleh buat.

Kalau orang lain boleh berjaya, aku pun mesti boleh berjaya. Takde beza pun antara kita semua. Kau tau apa yang beza? Seberapa kuat keazaman kau untuk dapatkan perkara yang kau nak tu.

Kalau kau belum dapat lawan diri kau sendiri, bermakna kau masih belum betul-betul nak apa yang kau nak. Kau belum dalam keadaan yang keterdesakan.

Keterdesakan yang perlu di hadap

Bila orang dah dalam keadaan terdesak, apa sahaja cara dia mesti akan buat. Tak percaya, cuba bayangkan dalam situasi kau kena tangkap tangan kena ikat dengan penjahat.

Dan isteri kau yang tersayang tinggal menunggu masa untuk diculik dan dibawa lari. Masa itu kau dah takde pilihan. Apa saja cara mesti kau buat untuk selamatkan isteri kau.

Dalam keadaan tangan kena ikat sekalipun, walaupun kau tau kau akan dipukul oleh penjahat. Nak tak nak kau kena juga selamatkan isteri kau daripada penjahat.

Dan kalahkan dorang supaya kau boleh keluar daripada situasi yang boleh meragut nyawa. Dalam bidang business kau kena ada perasaan keterdesakan macam itu

Bila dah takde pilihan

Sebab waktu itu kau akan keluarkan semua tenaga yang kau ada untuk kau dapatkan hasil jualan untuk kau tampung hidup kau satu keluarga.

Kut mana pun kau akan pastikan kau dapat bawa keluarga kau keluar daripada kesusahan dan bina kehidupan yang lebih baik untuk masa depan yang lebih terjamin.

Atau kau pilih untuk biarkan keadaan pengaruhi kau, biarkan diri kau ditindas oleh rasa negatif kau sendiri? Kau dah mengalah sebelum berjuang pun bro.

Mungkin ini kali terakhir kau dapat tengok muka isteri kau sebelum dia dibawa lari. Atau dia sendiri yang pilih untuk lari daripada kau nanti.

Fikir-fikirkan lah kawan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge