Syukur walaupun duit habis beli barang

beli-barang

Aku dulu susah hati bila beli barang dapur. Yelah, duit dah lah ada ngam-ngam je kadang itu. Bila beli habis lah duit terus. Lepas tu kepala aku pening. Bila duit habis tak tahu nak buat apa.

Masa ini macam-macam dalam otak. Banyak betul fikiran yang buruk-buruk datang kat aku. Kita mula lah down dan rasa nak marah itu ini. Sakit kepala datang rasa macam nak ketuk-ketuk je.

tulis barangan yang diperlu sebelum beli

Salahkan barang-barang yang dibeli

Tengok pula barang yang dibeli. Macam ini je beli barang sampai habis 300-400 ringgit. Adoi pening lah semua benda mahal. Dah disalahkan pula barang-barang yang dah dibeli tadi. Adoyai.

Ini kalau tak beli tak boleh ke. Ini mesti ke kena beli. Ala pampers ini kalau tak beli pun takpe, boleh je anak pakai lampin. Adui susah betul la time ini pula isteri minta beli nuggets lah french fries bagai.

jangan membazir

Ada orang yang langsung tak mampu nak beli

Jangan macam itu. Setiap kali kita lepas beli barang, kita mesti syukur dulu. Kita kena cakap alhamdulillah banyak-banyak. ALLAH SWT izinkan untuk beli dan bawa balik barang untuk keluarga.

Ada ramai lagi orang kat luar sana yang tak mampu nak beli barang-barang macam yang kita dah beli. Kadang nak makan pun takde beras atas rumah. Sebab tu kita kena syukur walaupun duit habis semua.

rezeki anak-anak dan pasangan sentiasa ada

Mohon doa ALLAH SWT permudahkan rezeki

Lepas itu doa lah kepada ALLAH SWT semoga diberi keberkatan rezeki dan dimudahkan ianya datang dari jalan yang tak disangka-sangka. Kita mesti sangka baik dengan apa saja situasi yang berlaku kat kita masa itu.

Ya ALLAH, duit aku habis hari ini beli barang untuk isteri dan anak-anak, dan aku tak tahu macam mana nak bertahan sampai gaji masuk. Aku berdoa permudahkan lah urusan aku, dan teguhkan hati aku.

syukuri segala pemberian

Betulkan semula niat

Sentiasa dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Bila kita lakukan satu-satu pekerjaan ataupun perniagaan, usahakan lah dengan keras dan kuat. ALLAH SWT menilai setiap apa yang kita buat.

Mulakan dengan niat yang baik, semata-mata mahu dapatkan keredhaan dari Nya. Percayalah, akan datang perkara yang baik-baik di saat kita betul-betul memerlukan yang kita tak pernah sangka.

ALLAH SWT tidak berlaku kejam dengan hambaNya yang sentiasa berbuat baik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge