TAHNIAH HM AMIT

IMG-20190612-WA0028

” Aku tak boleh buat Mitt. Bukan bidang aku ini nak jual penapis air dengan penapis udara bagai. Aku tak reti nak bercakap dengan orang. Aku malu nak berdepan kat khalayak ramai,”

” Kau suruh aku jual tiga unit je setiap bulan dah dapat gaji lebih daripada yang aku dapat sekarang. Jangan kata tiga, sebiji pun belum tentu aku boleh jual,”

“Aku memang nak beli rumah. Semua orang mesti ada impian nak beli rumah untuk keluarga tersayang. Tapi orang macam aku ini mana lah mampu nak beli rumah sendiri,”

dan pelbagai lagi alasan yang aku berikan. Aku tahu platform ini memang boleh memberikan pendapatan melebihi yang aku bayangkan. Namun aku tak yakin yang aku boleh buat,

Aku takut untuk berubah kerana merasakan yang aku tidak layak. Sungguh, aku berlaku zalim dengan diri aku sendiri. Lebih parah, anak dan isteri turut terkena tempiasnya,

Namun kau tetap sabar dalam menyedarkan aku tentang tugas dan tanggungjawab yang harus aku pikul atas jawatan rasmi aku sebagai ketua keluarga,

Disaat aku sendiri tidak pasti apa yang harus di lakukan untuk mengubah takdir hidup yang aku rasakan kian kelam, tersepit ditengah-tengah tidak punya jalan keluar,

Aku mulai sedar bahawasanya tugas aku bukan lagi sekadar duduk menunggu peluang hadir sedangkan peluang itu sendiri sudah ada di depan mata,

Berbekalkan kepercayaan yang tidak pernah lekang daripada mulut kau, berulang-ulang kali memberitahu bahawasanya ada bakat yang boleh digilap yang ada dalam peribadi aku,

Tiga perkara menjadi azimat dan pegangan yang kalau aku abaikan maka di platform mana sekalipun aku berada sudah pasti aku tidak boleh berjaya,

“Selagi mana kau boleh belajar, boleh diajar dan boleh ditegur maka insha Allah kejayaan yang kau inginkan pasti kau akan peroleh satu hari nanti. Percayalah,”

Aku tidak boleh lagi terus menerus menyalahkan takdir. Aku harus berubah menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dengan apa sahaja impian yang ingin dicapai,

Terima kasih kerana membuka mata aku tentang amanah dan tanggungjawab yang harus aku pikul sebagai bapa. Kau menyedarkan aku tentang perjalanan hidup ini pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak,

Hari ini secara rasminya kau telah dinaikkan pangkat sebagai seorang Pengurus Pasukan buat kami semua. Semoga urusan mu sentiasa Allah permudahkan,

Sama-sama kita bantu lebih ramai lagi rakan-rakan diluar sana yang sedang bergelut dalam usaha mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik,

Setiap manusia itu ada bakat dan potensi diri. Cuma lagi ianya harus digilap agar menjadi permata yang memberi sinar masa hadapan buat insan tersayang,

Tahniah HM Amit, we support you !

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge