Hari ini pengurus pasukan jualan di tempat Sabri mencari rezeki, HM Syima telah menjemput kami makan tengah hari di House of Kambing bertempat di Maeps Serdang Selangor. Perjalanan dari rumah nak ke restoran ini mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit. Mula-mula ingat salah jalan, sebab laluan nak sampai ke restoran ini agak ke dalam sikit.
Sabri menggunakan aplikasi Waze yang terdapat dalam telefon bimbit untuk ke tempat ini. Risau juga bila bergantung semata-mata dengan aplikasi ini. Sabri pernah terkena satu ketika dulu, laluan yang tunjukkan di dalam aplikasi telah Sabri ikut seratus peratus, tetapi bila dah sampai ke destinasi, rupa-rupanya tempat yang Sabri nak pergi tu tak wujud. Seram kan.
MAKAN TENGAH HARI ISTIMEWA
Jadi bila dah sampai tu, perasaan pun jadi lega. Walaupun terpaksa berpusing dua tiga kali di tempat yang sama disebabkan tersalah masuk lorong tetapi Sabri berjaya juga jumpa jalan yang betul. Sabri terlewat sedikit dan bila naik ke tingkat atas di meja yang telah ditempah, rakan-rakan yang lain semuanya telah tiba.
Kami semua sebenarnya dijemput makan tengah hari oleh boss Syima kerana hasil jualan daripada pasukan kendalian beliau telah berjaya memecah rekod terbaik pasukan. Kami telah berjaya mencecah nilai jualan lebih kurang 200 lebih bagi bulan April 2019. Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.
PECAH REKOD
Apa yang lebih membanggakan lagi ialah, pasukan jualan daripada HM Syima hanya mempunyai kekuatan seramai lebih kurang dua puluh orang ahli sepenuh masa sahaja ataupun dipanggil Neo Pro. Sesuatu yang sangat luar biasa dan jarang-jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pasukan. Ini adalah kejayaan yang paling manis bagi kami semua.
Apa yang Sabri tahu, untuk mencapai hasil jualan sebanyak dua ratus unit dalam masa sebulan sebenarnya memerlukan sebuah pasukan yang disiplin, mantap dan tersusun gerak kerja. Jika aspek-aspek ini berjaya diterapkan, insha Allah pasti pasukan tersebut mampu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan pastinya membanggakan.
PENGORBANAN
Semestinya banyak halangan dan cabaran yang telah ditempuh oleh kami semua dalam memastikan setiap daripada kami berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing. Kami berurusan dengan ramai orang setiap hari, jadi tentunya bukan mudah untuk mengawal tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan dan dalam masa yang sama mahu memuaskan hati semua pihak.
Kami berusaha sehabis baik dengan memberikan perkhidmatan kelas satu kepada semua pelanggan. Kami pastikan hanya layanan yang paling terbaik buat semua. Malah kami juga anggap semua pelanggan adalah sama seperti keluarga kami sendiri. Layanan mesra dan profesional serta penuh tanggung jawab. Ini yang telah diterapkan oleh HM Syima kepada kami semua.
ADIK BERADIK
Hubungan kami sesama ahli pasukan juga saling tak tumpah seperti adik beradik. Bila bekerja, kami akan berada di pejabat bersama-sama. Kami berkongsi idea dan pendapat bagaimana untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang timbul. HM Syima pasti tidak akan sekali-kali membenarkan kami untuk membuat kerja secara bersendirian kerana kami pasti akan buntu jika mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan.
HM Syima juga sering mengadakan aktiviti luar untuk merapatkan hubungan dan ukhuwah kami semua. Pelbagai aktiviti yang telah kami jalani bersama. Ini secara tak langsung, meningkatkan lagi rasa hormat dan akrab antara satu sama lain. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sebenarnya pengalaman yang telah Sabri lalui ini sebenarnya. Kami seperti satu keluarga yang saling melengkapi antara satu sama lain.
KEJAYAAN LEBIH BESAR
Istimewanya juga perjumpaan pada hari ini sebenarnya adalah kerana, salah seorang ahli daripada pasukan HM Syima iaitu Asyraf Fadzil atau lebih dikenali sebagai Amit, merangkap suami HM Syima sendiri, bakal dinaikkan pangkat sebagai pengurus pasukan yang baru dan melayakkan beliau bergelar seorang HM (Health Manager).
Ini adalah sejarah baru yang telah tercipta. Hari yang paling menggembirakan buat kami semua.
Kami semua mendoakan supaya Amit dipermudahkan urusan untuk ke next level. Kini kami semua sangat jelas dengan peluang kerjaya yang boleh di capai dalam platform yang telah kami ceburi ini. Pasti lebih banyak lagi yang perlu kami tempuhi bersama-sama. Apa yang pasti hari ini akan menjadi saksi kepada lebih besar lagi pencapaian yang membanggakan pada masa akan datang. Hari bersilih ganti, masa terus berlalu. Perjalanan menuju kejayaan itu baru saja bermula sebenarnya.
It was a good start.
Artikel menarik untuk anda:
TERIMA KASIH SM SARENA
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini Sabri menerima jemputan menghadiri jamuan berbuka puasa daripada SM Sarena Mohamad…... Baca selanjutnya »
KITA SAHABAT KITA SAUDARA
Hari ini kami dibawa beriadah oleh pengurus pasukan jualan HM Syima Alamuddin dan boss Asyraf Fadzil bermain bowling di salah sebuah pusat…... Baca selanjutnya »
BUKA PUASA BERJEMAAH
Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama…... Baca selanjutnya »
RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »
FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI
Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions