Aku pernah berniaga di pasar malam. Kemudian aku diberi peluang oleh sahabat baik aku sendiri untuk beralih ke bidang perniagaan yang lebih baik. Aku ditawarkan pendapatan yang lumayan kalau aku berjaya capai target jualan yang company tetapkan.
Mula-mula aku ragu macam mana orang yang daripada pasar malam jual barang puluh ringgit saja, mahu menjual barang berharga ribuan ringgit. Tapi sahabat aku tetap meyakinkan yang dia boleh bantu aku untuk capai apa yang aku mahukan. Soalannya, apa yang aku mahukan?
Berani berimpian
Aku pun bagitahu yang aku teringin untuk memiliki rumah sendiri. Jadi kawan aku terangkan untuk membeli rumah, itu adalah sasaran peribadi kau bila berani untuk berdepan dengan risiko. Dalam masa yang sama aku percaya dengan dir sendiri.
Kemudian barulah gerak kerja kita akan mengikut direcrtion untuk membeli rumah pertama itu tadi. Nampak tak, bila kita tahu apa yang kita nak, kita akan lebih bertanggung jawab dengan segala tindak taku kita buat dan usahakan.
Mudah mengalah
Bila kita gagal untuk meletakkan sasaran, secara tak langsung tindakan kita akan jadi celaru dan caca marba. Kita tak tau nak mulakan bahagian mana dulu. Buat sini sikit, buat sana sikit. Lepas tu compalin pula diri sendiri kata aku tak pandai, memang tak boleh lah nak buat.
Kita jadi orang yang tak percaya pada proses. Bila buat itu, kalau jadi, jadilah. Kalau tak jadi tekpe.Takde langsung rasa nak berusaha dan lawan segala penyakit malas yang ada dalam diri. Sampai bila-bila pun kita akan susah untuk nak capai apa yang kita nak.
Muhasabah diri balik
Sekarang ni masa terbaik untuk kita kaji balik semua kerja yang kita dah pernah buat. Kemudian susun cantik-cantik jadual dan tampalkan sasaran segala apa yang kita mahukan di bahagian dinding rumah.
Supaya jadi motivasi untuk kita setiap hari capai apa saja perkara yang kita mahukan. Jangan limitkan kemampuan diri. Berusaha sebaiknya, alang-alang menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Teruskan melawan.
Percaya proses, buat sampai jadi. jadi.
Artikel menarik untuk anda:
Tips hiburkan hati isteri yang sedang bersedih
Isteri ini ada waktu dia terkadang itu tiba-tiba je hati dia rasa macam sayu. Senang tersentuh. Tak tahu kenapa, kadang kita suami…... Baca selanjutnya »
Iktibar daripada kejadian yang berlaku dalam hidup
Fuh, hari ni topik perbincangan antara aku dengan cikgu dan seorang sahabat baik aku agak mendalam. Sampaikan aku tak tahu nak ulas…... Baca selanjutnya »
SAYA TAHU AWAK PENAT
Aku genggam erat tangan isteri yang sedang tidur. Kesian aku melihat wajah beliau yang penat bekerja siang dan malam membantu ku mencari…... Baca selanjutnya »
BABAH TAHU ABANG SUKA
Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang…... Baca selanjutnya »
SEANDAINYA MEREKA TAHU
Biasalah kadang orang luar sukar sebenarnya nak memahami apa yang sedang kita lalui sekarang ini. Mungkin bagi pandangan mata mereka, sebenarnya sesuatu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions