Manusia atas muka bumi ini semuanya memang ada impian apa yang mereka nak capai. Lain orang lain impian mereka. Budak-budak sekolah berimpian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan lebih baik. Semua orang pernah lalui.
Orang yang bekerja makan gaji berimpian untuk naik pangkat supaya pekerjaan yang diusahakan sekarang ini lebih terjamin dan kukuh. Peniaga pula berimpian untuk memiliki rumah dan kereta besar serta mengembangkan empayar perniagaan dengan lebih luas.
Bangkit melawan, jangan mudah menyerah
Saya sendiri sebelum ini berimpian untuk memiliki rumah pertama. Entah kenapa, rumah sangat menjadi igauan buat diri saya. Pengalaman diperkecilkan semasa berada di sebuah ekspo perumahan sangat memberi kesan yang mendalam buat diri saya sendiri.
Sewaktu itu juga saya berjanji pada diri saya, apa jadi sekalipun saya akan pastikan yang saya juga mampu untuk beli rumah saya sendiri. Selang 4 tahun, akhirnya alhamdulillah dengan izin ALLAH, saya berjaya juga beli rumah pertama saya sendiri. Speechless, tak terkata.
Bergetar hati melihat kejayaan orang lain
Sebelum saya berjaya memiliki rumah sendiri, setiap hari selepas bangun tidur saya kan setkan dalam kepala yang saya akan beli juga rumah saya sendiri. Saya kena ushakan juga beli sampai lah dapat. Sebab saya tahu part usaha saya boleh buat, dapat tak dapat itu lain cerita.
Sampaikan saya bila melihat orang lain berjaya beli rumah mereka sendiri, saya boleh rasakan getaran kat dalam dada saya ini. Bergetar habis hati dan perasaan buatkan saya lebih yakin saya berada di platform yang betul untuk saya beli rumah pertama saya.
Sentiasa tingkatkan cara kerja jadi lebih baik
Percayalah bila kita berjaya dapatkan sesuatu yang kita nak sangat, kita akan lebih menghargai pemberian yang telah diberi. Hilang semua segala rasa sakit yang sebelum ini dirasakan sangat berat dan sangat menyesakkan dada.
Kita sudah boleh menarik nafas lega dan meraikan kejayaan-kejayaan untuk pastikan kita bekerja lebih kuat lagi akan datang. Pasang impian baru dan kejar lah impian tersebut demi kebahagian diri sekeluarga dunia dan akhirat amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
Bila usahakan sesuatu, buat betul-betul sampai jadi
Biasanya kita akan teruja bila dapat buat sesuatu perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini. Contohnya bila kita sebelum ini kerja,…... Baca selanjutnya »
Sampai bila nak salahkan orang lain
Hari ni buat aku termenung panjang. Siang tadi aku pergi kenduri kahwin family mama papa. Rasanya memang dah lama tak jumpa keluarga…... Baca selanjutnya »
ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN
11 tahun yang lepas, aku sendiri yang menjual pakaian suit terpakai ini. Waktu itu umur baru 18 tahun. Tahun 2008 lepas habis…... Baca selanjutnya »
BERANI BERIMPIAN
Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »
REALITI MELAWAN FANTASI
Aku mahu berjalan ke luar negara. Melihat keindahan negara orang yang sebelum ini aku tak pernah rasai. Semua orang mesti ada impian…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions