• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / TAKUT GAJI

TAKUT GAJI

22 April 2019 by sabrijati Leave a Comment

Luca seorang yang sangat bekerja keras. Setiap hari Luca akan keluar seawal pagi hinggalah balik lewat malam. Tentu sekali pendapatan Luca bukan calang-calang juga. Pendapatan Luca tak kurang daripada lima angka setiap bulan. Namun itu tidak membuatkan Luca berasa gembira.

Ianya disebabkan oleh sikap Luca sendiri tidak pandai menguruskan kewangannya dengan baik. Belum sampai pertengahan bulan lagi gaji Luca sudah habis. Beliau pun tidak tahu kemana wang nya pergi. Ada sahaja duit yang diperlukan untuk membayar tanggungan keluarga.

Waktu-waktu beginilah kereta rosak, cukai jalan tamat tempoh, kasut model yang terbaru keluar di pasaran dan macam-macam lagilah. Itu belum lagi dikira dengan belanja makan Luca yang biasanya selalu lepak di restoran-restoran mahal sahaja.

DUGAAN

Lalu Luca mengadukan hal ini kepada sahabat baiknya Pablos. Terkejut Pablos mendengar pengaduan daripada rakan baiknya. Tentunya sebagai kawan yang sudah baik ibarat adik beradik, Pablos akan membantu Luca sedaya yang termampu.

Pablos pun menceritakan bagaimana gajinya setiap hari boleh cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan dan simpanan walaupun kalau diikutkan gaji Luca lebih daripada beliau. Pablos terangkan satu persatu kepada Luca supaya beliau faham dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi membaiki semula kerosakan struktur kewangan beliau.

Mula-mula sekali yang perlu dilakukan oleh Luca ialah menyimpan 10% peratus daripada gajinya setiap bulan dan Luca mestilah konsisten menyimpan sehingga wang terkumpul bersamaan gaji beliau selama 6 bulan. Jika simpanan pun tidak boleh Luca lakukan pasti susah untuk ke fasa seterusnya.

URUSAN

Kemudian barulah Luca menguruskan perbelanjaan beliau. Luca mesti membezakan antara perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak. Selesaikan semua perbelanjaan keperluan seperti membayar sewa rumah, bil air api, ansuran kenderaan dan lain-lain lagi. Baki daripada lebihan tersebut barulah Luca boleh membeli barangan peribadi beliau.

Seterusnya Luca perlulah membina perlindungan dirinya. Ini sangat penting kerana Luca sebenarnya sering mengabaikan fasa perlindungan ini. Bahkan pula kesedaran untuk mengambil perlindungan, iaitu takaful ataupun insuran masih rendah kerana merasakan tidak penting.

Sebenarnya kedua-dua ini melindungi pendapatan dan simpanan kita daripada yang tidak dijangka disebabkan oleh sesuatu masalah atau kemalangan. Paling utama adalah melakukan penyucian daripada harta tersebut. Setiap harta yang kita miliki tentu ada hak orang lain disebaliknya.

SUCIKAN REZEKI

Keluarkanlah zakat dan bantu orang lain dalam kesusahan. Pasti bila kita ditimpa kesusahan Allah akan permudahkan urusan kita semula. Tiada orang yang miskin apabila sering memberi kerana Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Kini barulah Luca faham kepentingan beliau untuk membina profil kewangannya sendiri. Bila Pablos terangkan segala-galanya, beliau kini mengerti yang selama ini banyak melakulan kesilapan dalam merancang perbelanjaan.

Beliau tekad kali ini beliau akan pastikan kewangan nya semakin kukuh pada masa akan datang supaya beliau dapat membeli banyak rumah untuk dijadikan aset pelaburan. Kerana beliau tidak mahu bekerja sampai tua.

Sampai satu masa beliau juga ingin bersara dan berehat. Juga selepas beliau tiada, warisnya selepas ini tidak perlu merasakan kesusahan seperti yang beliau alami sekarang. Luca akan bekerja lebih keras lagi dan akan baiki segala yang kurang.

Artikel menarik untuk anda:

TIPS BELI KERETA

TIPS BELI KERETA

Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »

INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN

INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN

Semalam aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menghantar rombongan sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaya layak ke percutian 3 buah negara serentak iaitu…... Baca selanjutnya »

RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »

ADUH SANGKUT LAGI

ADUH SANGKUT LAGI

Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »

BABAH TAHU ABANG SUKA

BABAH TAHU ABANG SUKA

Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Next Post: AYAH SIBUK NAK »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme