Sekarang ini kat pasaran ada banyak jenis minyak wangi yang orang jual. Ada yang asli ada yang tiruan. Tak kisah lah beli yang mana pun, ikut pada ketebalan poket kita sebenarnya.
Paling penting sekali minyak wangi itu sesuai ke tak dengan kita. Kali ini aku kongsikan macam mana nak teka sama ada minyak wangi yang kita beli itu serasi dengan tubuh badan kita.
Ketahanan bau mainkan peranan penting
Pertama bila kita guna minyak wangi itu, paling penting daripada segi ketahanan bau dia lah. Minyak wangi yang sama digunakan oleh 2 orang yang berlainan boleh bagi kesan yang berbeza-beza.
Seorang itu, sembur sikit je dah bau sampai berapa jam baru hilang. Yang lagi seorang, sembur lah banyak mana pun, sekejap je dah hilang bau. Pastikan sesuai dengan badan kita baru beli.
Bantuan daripada orang yang terdekat
Kedua, nak tau sesuai ke tak minyak wangi tu kita kena minta tolong dengan orang yang terdekat dan bau minyak wangi itu bila dah spray okay ke tak. Boleh minta tolong dengan pasangan kalau yang dah berkahwin.
Biasanya pasangan boleh perasan sama ada minyak wangi itu okay dengan kita ke tak. Bila dia rasa macam tak best, lupakan hasrat nak beli jenama yang kita minat itu. Cuba yang lain.
Boleh rasakan ketenangan dalam diri
Ketiga minyak wangi itu bila kita sembur je dekat anggota badan sendiri, kita boleh rasakan satu ketenangan ataupun buatkan emosi kita rasa aman. Kalau jumpa minyak wangi ini terus beli.
Hanya kita je yang boleh rasa benda ini. Aku pernah cuba satu minyak wangi ini dulu. Pembungkusan dia memang menarik, jenama pun ramai orang kenal tapi bila aku cuba semburkan kat tangan, bau dia tak kena dengan jiwa aku.
Berbelanja ikut kemampuan tapi jangan sampai tak beli langsung
Jadi, bila kita dah tau minyak wangi mana yang paling terbaik untuk kita guna, teruslah sambar satu kalau bajet memang tengah ada. Tak rugi sebenarnya bila kita laburkan kat sesuatu benda yang elok. macam ini.
Kita bukannya setakat buatkan diri kita rasa gembira, malahan orang yang selalu ada bersama dengan kita pun akan rasa lebih selesa nak dekat lepas ini. Jangan ambil ringan tentang minyak wangi.
Sebab kita tak tau apa yang orang duk kata belakang kita. Mesti kita akan gembira bila orang sebut yang baik-baik tentang kita.
Artikel menarik untuk anda:
Jangan buat 3 perkara ini bila nak gunakan minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang guna minyak wangi. Ramai orang suka pakai minyak wangi dan ramai orang yang…... Baca selanjutnya »
Kelebihan menggunakan satu jenis minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan kelebihan bila kita pakai satu jenis minyak wangi dan kita tak tukar-tukar minyak wangi. Bagi aku tak…... Baca selanjutnya »
TANDA TANDA PEREMPUAN ITU SUKA KAT KITA
Kau kalau dah suka kat seseorang itu, kau kena cepat-cepat perhatikan gerak geri dan tingkah laku dia. Sama ada dia pun suka…... Baca selanjutnya »
3 masalah yang selesai dengan minyak wangi
Manusia memang takkan boleh lari daripada masalah. Masalah itu akan sentiasa datang tanpa kita duga. Macam mana nak mengelak pun tetap tak…... Baca selanjutnya »
Pengalaman berkawan dengan si penjual minyak wangi
Siapa yang kenal aku sebelum ini mesti tau yang aku ini salah seorang peniaga di bazaria larut malam yang terkenal di Malaysia….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions