TANDA TANDA PEREMPUAN ITU SUKA KAT KITA

suka-ke-tak-ni

Kau kalau dah suka kat seseorang itu, kau kena cepat-cepat perhatikan gerak geri dan tingkah laku dia. Sama ada dia pun suka kat kau balik. Bukan apa, takut nanti cinta kau itu bertepuk sebelah tangan je. Masa itu tak ke rasa macam tak best sebab kau dah banyak habiskan masa, tenaga dan duit semata-mata nak mengorat orang yang kau minat itu. Waktu itu baru rasa macam frust gila.

Aku ini nak kata pakar sangat tu tak lah juga, tapi ini daripada pengalaman aku sendiri sebelum ini masa aku nak tackle awek aku dulu la. Alhamdulillah, sekarang dia dah pun jadi isteri aku yang sah. So, ini kira macam proven result juga lah, hahaha. Macam biasa, aku ini suka cerita tentang perkara yang dah jadi je. Yang tak jadi aku jarang nak cerita sangat.

BE GENTLEMAN BRO

Perempuan ini kalau kau nak tau, ada sesetengah dorang yang memang tak suka nak bagitau terang-terang yang dia suka kat kau. Walaupun sekarang ini zaman dah moden dan ramai je yang kira macam dah open dan tak kisah sangat kalau dorang nak mengaku yang dia minat kat lelaki itu, tapi kita sebagai gentleman ini kalau boleh biarlah kita yang buka langkah pertama itu. Betul tak?

Mestilah segan nanti kalau tiba-tiba dia yang approach kita dulu. Takkan nanti nak cerita kat cucu cicit yang dulu masa atuk kahwin, nenek korang lah yang ngorat atuk. Hehehe. Tak best kan? Mesti la kita nak bagitau, atuk dulu habis-habisan berjuang untuk nak dapatkan cinta daripada nenek korang sampai atuk sanggup redah lautan api semata-mata hanya nak bagi jambangan bunga untuk nenek. Cewahh, gitew hehe.

SIGNAL LAH ITU

Okay, berbalik kepada cerita tadi, macam mana aku boleh perasan yang awek aku tengah bagi signal yang dia pun suka kat aku? Pertama sekali yang aku perasanlah, setiap kali aku ajak keluar, tak kisah la keluar makan ke keluar tengok wayang ke, dia jarang sangat tolak. Asal aku pelawa je dia mesti on. Even kalau dia tengah ada kerja ke, dia sanggup tinggalkan kerja dia semata-mata nak jumpa aku. Kat situ dah macam perasan sesuatu kan? Ha, tu tandanya dia tengah bagi signal lah itu.

Kedua aku perasan, bila kitorang tengah berborak kan, dia mesti akan tenung mata aku dalam-dalam. Lagi-lagi time kau tengah bercakap, dia akan tenung je anak mata kau itu sampai kau pun rasa pelik kenapa tiba-tiba mata minah ini macam nak juling? Hehehe. Itu bukan dia buat-buat tau, itu maknanya dia tengah bagi sepenuh perhatian dengan apa yang nak kau sampaikan dan dia taknak terlepas even single word pun yang keluar daripada mulut kau. Ha, itu tanda lah itu.

JADI KEKASIH HALAL

Last sekali yang aku nak share kan kat sini, kalau ada masa-masa yang kitorang macam ada perselisihan faham tentang perkara yang remeh temeh kan, kadang-kadang perkara kecil je macam terlupa parking kereta kat mana, ataupun tersalah beli ayam goreng yang original padahal nak yang spicy, dia akan jadi orang yang mengalah dan dia akan start pujuk kau dulu dan dia taknak perkara itu berpanjangan.

Ini betul tanda terbesar lah yang dia tengah bagitau kat kau ini. So kalau kau ada perasan salah satu tanda ini, cepat-cepat lah bagitau yang kau memang nak bina hubungan serius dengan dia. Bukan apa, orang dah bagi green light itu faham-faham je lah takkan nak tunggu lagi. Kenalah pergi jumpa mak ayah dia dan jadikan dia kekasih yang halal. Kang lambat, melepas siapa yang rugi, kau juga kan? Hehe.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge