Dilahirkan dalam keluarga keturunan minang, sememangnya makanan masakan minang memang dah sebati dengan darah dan daging aku. Bila lama tak makan lauk-pauk minang mesti akan teringat-ingat dan mencari di mana kedai yang menjualnya. Banyak juga kedai yang ada di kawasan Kuala Lumpur ini.
Masakan minang memang terkenal dengan kepedasannya membuka selera sesiapa yang menikmati. Istimewa lagi, pedasnya pula tidak lah terlalu menggigit hingga pedih bibir bila makan. Pedas yang sesedap rasa dan boleh dimakan oleh semua golongan peringkat umur sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.
LOKASI YANG STRATEGIK DI TENGAH BANDAR
Salah satu restoran yang selalu menjadi kegemaran Sabri ialah Restoran Maju Garuda. Bertempat di Jalan Raja Alang Kampung Bharu, lokasinya yang strategik betul-betul di tengah bandar raya Kuala Lumpur menjadikan restoran ini mudah ditemui oleh sesiapa sahaja yang berada di kawasan berdekatan.
Mesti ramai yang pernah ke Bazar Ramadhan Kampung Bharu bukan? Disinilah sebenarnya restoran ini berada. Suasana yang meriah dan penuh dengan pelbagai lauk pauk memang sentiasa menanti kehadiran para pengunjung tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara. Ada berpuluh jenis masakan yang boleh dinikmati.
BAHAN-BAHAN ASLI
Waktu Sabri makan berbuka puasa disini tempoh hari, ada keluarga yang memang berasal dari Indonesia sempat singgah dan makan di restoran ini. Menurut apa yang telah mereka beritahu, lauk-pauknya seakan-akan sama dengan masakan di tanah air mereka. Keunikan tekstur dan rasa hampir tepat dan seperti tiada beza.
Menurut mereka lagi, mungkin bahan-bahan yang digunakan di kedai ini bagi tujuan masakan telah di import khas terus dari negara asalnya. Sebab itulah mereka berjaya menghasil dan menyediakan masakan yang seakan-akan serupa. Tukang masaknya juga mungkin juga sudah dilatih dengan teknik dan rahsia tersendiri.
KENA CUBA DAN RASA SENDIRI
Lepas ini, sesiapa yang nak bertukar selera dan mencuba masakan minang asli boleh lah ke Restoran Maju Garuda. Boleh Waze sahaja lokasi restoran ini. Ada beberapa buah restoran minang lain yang berada berdekatan. Rata-rata restoran yang pernah Sabri singgah makan semuanya sedap-sedap belaka.
Satu lagi nak beritahu, jangan lupa pesan air minuman yang satu ini. Sabri panggil air ini jus alpukat. Siapa yang belum pernah minum air ini memang rugi lah kalau tak cuba. Air ini memang sangat sedap dan kebanyakan kedai minang memang ada jual. Nak tahu apa tu air jus alpukat, kena datang dan rasa sendiri ya!
Artikel menarik untuk anda:
CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC
Sabri teka mesti ramai dekat luar sana yang suka makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken ataupun biasa kita panggil KFC. Sabri juga…... Baca selanjutnya »
FOOD VALET TEMPAT LEPAK TERBAIK DI BANGI
Lepas balik dari pejabat tadi, rasa nak lepak minum air dengan kawan. Nak hilangkan dahaga dan ambil udara segar lepas seharian bertungkus…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
REZEKI ORANG LAIN-LAIN
Bila hari sudah gelap, aku suka melihat bintang di langit. Menenangkan dan sungguh mendamaikan. Walaupun hari yang aku lalui pada siangnya sangat…... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT
Entahlah. Kadang tu kita dah nampak sebenarnya apa yang boleh dicapai. Jalan tu memang dah terang lagi bersuluh lah orang kata. Boleh…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions