TERGAMAK NYA KAU

Pertunangan

3 minggu saja lagi tarikh pertunangan sis dengan pasangan sis akan berlangsung. Hati siapa yang tak berdebar-debar menantikan hari bahagia. Pasangan yang bercinta pasti akan merasai perasaan yang sama.

Memang tak disangka tempoh persahabatan selama 3 tahun kami bersama rupanya bukan sekadar cinta monyet. Pada mulanya agak ragu-ragu juga bolehkah sidia menerima kekurangan diri sis.

DUGAAN MENIMPA

Yelah. Sis sedar yang sis ni tak lah secantik wanita diluar sana. Dengan rupa paras sis yang tidaklah seperti model atau artis ditambah lagi dengan penyakit resdung yang sis hidapi, tentu ramai yang akan menjauhkan diri.

Sis pun tak pasti macam mana boleh terkena penyakit resdung ni. Yang sis perasan 1 tahun sebelum ni penyakit resdung sis makin bertambah serius. Pada satu-satu masa, akan keluar lendiran daripada hidung sis yang berwarna hijau.

TAK PERCAYA

Namun tanpa disangka-disangka. Selang beberapa hari sebelum tarikh pertunangan sis, tiba-tiba resdung yang sis hidapi makin kronik. Lendir yang keluar juga bertambah buruk dan berbau. Sis betul-betul buntu tak tahu apa yang nak dilakukan.

Perkara yang sangat tak dijangka terjadi. Tiba-tiba keluarga pihak lelaki mengambil kata putus tidak mahu meneruskan majlis. Sis jadi tergamam tanpa mampu bicara. Sis tanyakan kepada pasangan sis, apa yang sebenarnya berlaku.

Pasangan sis hanya mampu menundukkan wajah ke lantai. Sis boleh perasan daripada raut mukanya, ini sudah tentu disebabkan oleh penyakit resdung yang sis hidapi. Sis malu dengan keluarga sis. Takkan lah disebabkan sis ada penyakit resdung, mereka sekeluarga geli dengan sis.

KAEDAH DAN RAWATAN

Lama sis mendiamkan diri di dalam bilik selepas kejadian memalukan itu. Mana sis nak letak muka kepada keluarga. Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan sis macam mana. Hati sis sangat sakit mengenangkan perkara yang berlaku.

Tiba-tiba datang kawan lama sis memberitahu yang penyakit resdung sis ini boleh dirawat dengan kaedah tradisional. Beliau berjanji akan membantu sis merawat dan mencegah supaya resdung ni tidak berulang.

Kawan sis bawakan sis pokok lidah buaya. Kemudian dia titiskan lendir lidah buaya tu disekitar hidung. Kemudian lidah buaya tu direbus supaya sis dapat minum airnya. Mula-mula rasa macam, betul ke boleh merawat? Sebab sis ada perasaaan ragu-ragu juga.

PENUH HIKMAH

Lama kelamaan sis dapat merasakan perubahan dalam diri sis. Lendir di hidung sis mula berkurangan. Jerawat batu di muka sis pun sudah mula surut. Sis lega dengan perubahan pada diri sis sekarang. Keyakinan diri sis mula kembali.

Alhamdulillah akhirnya sis bebas daripada penyakit resdung sis. Hikmah yang sis dapat daripada kejadian ni, baru sis sedar yang pasangan sis bukanlah seorang yang betul-betul menyayangi sis. Sis baru kena resdung, dia dah terus tinggalkan sis macam tu saja.

Nasib tak sempat kahwin lagi. Lepas ni sis akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Paling penting biarlah dia boleh menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Bukankah perkahwinan itu melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

Biarlah keikhlasan menyulami kebahagian berpanjangan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge