Aku seorang yang agak nakal waktu kecil dulu. Jadi semasa sekolah menengah, mama dan papa hantar aku ke sekolah asrama jauh dari Kuala Lumpur dan keluarga. Masa lepas UPSR dah daftar di salah sebuah sekolah menengah di Cheras tapi tak sangka kena pindah belajar sampai ke negeri Kedah.
Sedih tu memang tak payah cakap lah sebab mana pernah berenggang dengan keluarga sebelum ni. Kalau ada pun masa pergi kem sahaja itupun biasanya 3 hari 2 malam. Ni sampai berbulan-bulan kena berjauhan tu memang menangis termenung kat bucu katil jugalah dalam bilik asrama.
BERJAUHAN
Bila duduk di negeri orang tu kena lah belajar loghat mereka. Awal-awal tu memang jadi bahan ketawa je lah bila cuba nak bercakap loghat utara tapi tersasul cakap KL. Kena bahan tak ingat punya. Lama-lama lebih kurang dalam sebulan lebih tu, sikit-sikit dah pandai loghat Kedah.
Kawan-kawan pun dah tak gelakkan lagi. Ingat lagi disebabkan masa sekolah rendah nakal, jadi terbawa-bawa sampai ke sekolah menengah pula. Aku banyak kali kena rotan dengan warden. Macam-macam kesalahan yang aku buat contoh macam mandi dalam kolah, masih tidur walaupun dah azan subuh dan menyorok dalam bilik waktu study malam.
TEGAS DAN PENYAYANG
Ada seorang ustaz tu aku ingat lagi memang sangat tegas kalau kami ada buat salah. Siapa yang tidur lagi waktu solat subuh alamatnya memang kena sebat la punggung dia. Mau tak melompat kalau dah kena. Waktu mandi terasa pedih je sampai bergetar kaki masa jirus air ke badan.
Masa kena tu memang marah tak ingat lah tapi bila dah dekat 16 tahun berlalu, bila dikenangkan balik memang kelakar. Ustaz kami memang sangat tegas, dia memang sangat pantang kalau ada sesiapa tak ikut arahan dia. Jadi aku budak-budak nakal ini memang akan sentiasa menjadi sasaran beliau.
TIMBUL KESEDARAN
Pantang kalau dah buat salah, jangan lah lari. Sebab kalau lari, lagi teruk lah kena. Baik menyerah diri, silap-silap tak kena rotan, paling tak kena cuci tandas saja. Sebenarnya apa saja hukuman yang dikenakan sewaktu di sekolah tu tak lain tak bukan adalah untuk menjadikan aku seorang insan yang berguna.
Bila dah jadi seorang bapa ni baru lah aku faham macam mana perasaan nak mendidik seorang anak tu. Mula timbul kesedaran dalam diri betapa susahnya nak menjaga dan mengajar anak murid menjadi seorang yang berjaya. Bukan senang sebenarnya memegang amanah yang telah dipertanggung jawabkan.
PENGORBANAN TIADA BANDING
Segala pengorbanan dicurahkan hanya untuk melihat aku menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Aku sangat tabik dengan kerjaya sebagai seorang pendidik. Tahap kesabaran mereka sangat tinggi dan sentiasa berusaha siang dan malam dalam menyusun dan menyesuaikan diri dengan anak-anak didik tanpa pernah kenal erti putus asa.
Hinggakan kadang kala mereka abaikan kepentingan diri sendiri hanya untuk memuaskan hati anak murid. Tiada siapa yang ingin menyelami jauh ke dalam sudut hati seorang guru. Tangisan dan kesedihan yang mereka alami takkan sekali mereka tunjukkan pada anak murid kesayangan. Sanggup dipendam dalam-dalam.
SYURGA BUATMU GURU
Terima kasih aku ucapkan kepada seluruh tenaga pengajar yang mencurahkan segala-gala hinggalah aku menjadi seorang manusia pada hari ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang bisa membalas segala jasa dan pengorbananmu wahai para guruku. Maafkan aku jika dahulu aku agak susah diajar. Aku bersyukur mempunyai para guru yang sangat baik dan sangat penyayang.
Aku doakan semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan keredhaan Nya. Buat para ustaz dan ustazah yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini, hanya iringan doa yang aku titipkan. Semoga ilmu bermanfaat yang telah kalian curahkan akan menjadi penyuluh buat kita semua di alam barzakh kelak. Al-Fatihah.
Artikel menarik untuk anda:
TERIMA KASIH SM SARENA
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini Sabri menerima jemputan menghadiri jamuan berbuka puasa daripada SM Sarena Mohamad…... Baca selanjutnya »
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
IBU, IBU SABAR TAU
Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak…... Baca selanjutnya »
SAMPAI BILA NAK TUNGGU
Panas betul cuaca aku rasa hari ini. Biasanya cuaca taklah terik sangat. Mungkin musim kemarau bakal tiba. Sudahlah bulan puasa semakin dekat….... Baca selanjutnya »
HADIAH BUAT CIKGU
Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions