TERIMA KASIH SM SARENA

Sabri-dan-kak-na

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini Sabri menerima jemputan menghadiri jamuan berbuka puasa daripada SM Sarena Mohamad bertempat di Mahligai Cinta Nirwana, G-Village Desa Pandan. Jamuan berbuka kali ini merupakan jemputan khas bagi semua ahli pasukan di bawah naungan SM Kak Na.

Kehadiran hampir 200 orang cukup menggamatkan suasana di dewan yang serba indah ini. Ada yang datang dari Ipoh Perak dan ada juga yang datang jauh dari Terengganu. Komitmen yang diberikan bagi meraikan majlis yang ceria ini menjadikan ikatan kekeluargan antara kami terasa erat, rapat dan utuh.

BUDI PEKERTI YANG BAIK SENTIASA DIKENANG

Sabri berasa bertuah menjadi sebahagian daripada ahli pasukan SM Sarena. Walaupun baru beberapa bulan mengenali SM Kak Na namun itu tidak membuatkan Sabri berasa kekok bila berhadapan dengan beliau. Ternyata beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri dan mudah diajak berbual.

Keprihatinan beliau terhadap apa sahaja gerak kerja membuatkan kami berasa seolah-olah berada di dalam lindungan seorang ibu yang sangat penyayang. Jika berada dalam satu permasalahan yang tidak dapat diselesaikan, pasti beliau akan membantu memberikan jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif.

MAJLIS BERBUKA PUASA YANG MERIAH

Majlis yang diadakan oleh SM Kak Na pada hari ini merupakan salah satu majlis yang sangat bersejarah dalam hidup Sabri. Kami diraikan dengan pelbagai makanan yang sungguh sedap dan menyelerakan. Ada berpuluh-puluh jenis hidangan yang kami boleh pilih dan makan dengan sepuas-puasnya. Kami makan beramai-ramai dengan penuh rasa kesyukuran.

Lebih istimewa lagi, SM Kak Na juga telah mengumumkan bahawa Sabri merupakan salah seorang achiever bagi contest yang diadakan oleh beliau sendiri pada awal bulan 5 yang lalu. Kriteria yang diperlukan bagi memenangi contest ini ialah setiap daripada kami harus melakukan jualan minimum sebanyak 15 unit sebulan.

HADIAH ISTIMEWA YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

Kesemua para pemenang yang berjaya mencapai target jualan yang telah ditetap bakal diraikan dalam satu majlis makan malam bertempat di sebuah restoran makanan mewah di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Pastinya Sabri sendiri berasa teruja kerana sebelum ini belum pernah lagi memenangi apa-apa contest yang diadakan oleh pengurus pasukan Sabri.

Terima kasih SM Kak Na atas segala penghargaan yang diberikan buat kami semua para ahli pasukan. Kami sentiasa mendoakan semoga SM Kak Na sekeluarga berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Sentiasa jadi sumber inspirasi, teladan dan budi pekerti yang baik buat kami dan semoga kita semua diberikan kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge