Tersangkut atas jalan raya

bila-sangkut-traffic-memang-tak-best

Bukan main lebat hujan tadi. Aku bawak motor pelan-pelan je sebab ada perjumpaan dengan tuan guru. Tak tau lah pula nak hujan. Kalau tau dah lama aku bawa je kereta tadi. Masa kat rumah belum hujan. Dah sampai pertengahan baru hujan lebat. Sempat maghrib tadi kat stesen minyak sebelum sambung perjalanan.

Selalunya kalau nak ke KL jalan sesak teruk. Aku pula kebetulan dah lambat. Ada urusan peribadi yang nak kena selesaikan dulu. Itu yang buatkan aku plan naik motor je. Aku memang selalu macam ini. Kalau aku tau aku nak kena sampai on time nak pergi mana-mana, aku memang suka naik motor. Sebab sekali kau dah sangkut traffic, memang tak boleh nak patah balik.

Kereta tak boleh gerak langsung

Hadap jelah jalan tu sesak macam mana pun. Aku pernah dulu masa tinggal kat Chowkit. Aku nak balik rumah dalam petang macam tu. Aku lalu lah jalan kat Dataran Merdeka tu. Kebetulan masa aku lalu tu, lepas je lampu isyarat kat bangunan DBKL itu aku sangkut dalam traffic. Aku cakap dalam hati, apa hal pulak ini.

Aku tunggu punya tunggu tak gerak-gerak. Nak patah balik memang tak boleh. Budak-budak yang naik motor aku tengok selamba je menyelit-nyelit sebab nak cepat. Aku pun tunggu punya tunggu punya tunggu, tapi tak gerak-gerak. Ah sudah, apahal pula ini. Kita pula dah lah nak cepat. Bila jadi macam ini satu kerja pun tak boleh nak buat.

Tak tahu apa punca

Aku rasa dekat 2 jam jugalah kereta duk jalan sikit-sikit. Biasanya kalau sangkut teruk macam ini daripada pengalaman aku mesti ada something yang jadi kat depan. Tak tau lah mungkin ada kes rusuhan ke apa aku tak sure pula. Rasanya kat Facebook takde pula kata ada kumpulan nak buat rusuhan. Kalau ada mesti cepat tersebar.

Aku dah tak boleh nak duduk diam dah. Aku tengok kenderaan kat sebelah-sebelah pun semua dah macam berbulu. Yang lagi sedih tu pula ada kereta yang tiba-tiba rosak sebab ada masalah dengan enjin kot. Lagi la buat jalan tu tambah sesak. Ada yang siap keluar daripada kereta lagi nak tengok apa sebenarnya yang jadi tapi tak nampak apa-apa pun sebab kereta banyak gila.

Belakang badan dah sakit-sakit

Belakang badan aku memang dah rasa sengal-sengal dah ni. Rasa macam nak meniarap je. Dalam duk perlahan-perlahan jalan sampai kat kawasan Sogo tu semua kereta jalan laju je. Haish pelik betul aku. Sebab apa jalan sesak teruk sangat tadi. Kalau tak silap aku jarak kesesakan tu tak sampai pun 1 kilometer. Memang aku tak boleh nak fikir langsung.

Sampai sekarang aku tak dapat tau kejadian apa sebenarnya yang buatkan jalan tu sesak teruk. Takde pasal pula aku nak berhenti tanya orang kat area situ. Kejadian ini kalau tak silap aku jadi dalam tahun 2009 macam itu. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa jalan tu jadi sesak teruk dan mungkin ada waktu kejadian itu boleh lah info kan kat aku. Haha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge