The Game Changer

agency-business-business-man-ceo

hari ini aku agak letih sikit. sebab semalam baru lepas closing, lepastu siang hari ni banyak settlekan hal tadi. lepas tu buat coaching dan aku sendiri pergi menuntut ilmu kejap jumpa dengan cikgu eizil kat kuala kubu bharu. so ni tengah menulis ni pun still rasa macam barai lagi ni. haha.

tapi gagahkan juga siapkan satu artikel. harap nanti takde masalah internet nak publish. macam semalam huhu. so apa yang aku nak kongsikan sikit hari ni, ringkas je, pasal game changer ni. idea ni pun aku dapat lepas jumpa cikgu tadi. bila kita dah dalam bidang sales untuk certain period time, nak tak nak kita kena naik ke next level lain.

biasanya dalam bidang sales yang aku join sekarang, next level ni bermaksud naik ke manager level. so daripada menguruskan hasil jualan sendiri, sekarang nak kena bina pasukan jualan sendiri pula. tapi macam mana kalau kita still masih nak decide untuk nak buat sales? masih mahu melakukan aktiviti jualan tu? kita kenalah upgrade level.

kena teroka peluang melakukan jualan dengan kelompok ataupun target segment yang lain. yang kebanyakannya tak semua orang nak bina hubungan dengan golongan ni. biasanya kita panggil golongan elit ataupun orang yang memang tak terjejas langsung dengan situasi pkp sekarang ni. ya betul, sebab kita sekarang ni dalam keadaan tengah pkp.

ada ramai yang diberhentikan kerja dan moratorium pun bakal tamat bulan ni. bulan 10 ni komitmen macam rumah, kereta dan personal loan dah kena mula bayaran macam biasa balik. so, tak adil kalau kita terus nak menjual kat golongan yang terjejas ni sedangkan orang ni sepatutnya kita bantu dengan buka peluang perniagaan yang tengah diusahakan ni, bukan lagi menjual kepada mereka.

dan kita dah boleh mula menjual dengan golongan yang tak terkesan dengan situasi pkp sekarang ni. macam mana kita nak mendekati golongan bangsawan ni? nanti aku ceritakan kat artikel yang lain. cuma konsepnya masih sama, kita masih dalam bisnes networking. jadi, secara asas kita kenalah bina hubungan terlebih dahulu dan letakkan diri kita dalam kelompok golongan elit ni juga.

start hari ni kita kena tukar cara kerja, kena upgrade lagi skill jualan supaya kita tak terus selesa dengan buat jualan yang menguntungkan sebelah kita je, sedangkan nanti pelanggan yang kita dah buat jualan dengan mereka, rasa terbeban untuk nak bayar bulan-bulan pakej servis yang kita dah offer kepada mereka. disebabkan keadaan dan situasi ekonomi yang tak menentu sekarang ni.

so, sampai sini dulu aku share. aku pun nak sambung buat kerja yang lain sebelum nak tidur. macam biasa kalau ada apa-apa nak tanya aku pasal jualan, pasal strategi bisnes, dan macam mana nak menjual tanpa menjual, boleh whatsapp aku kat nombor telefon aku ni ya. insha ALLAH aku reply secepat yang mungkin. pm je 0123611587

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge