Tiada yang lebih bernilai selain berkhidmat untuk ibu dan bapa

photography-urban-city-street-wallpaper-preview

Selagi ada kesempatan, tunaikanlah hasrat kedua ibu bapa kita. Walaupun mungkin dengan sekecil-kecil perkara. Ada ramai orang kat luar sana tak berpeluang untuk buat perkara ni dah.

Perasaan kehilangan ibu bapa ni hanya tiba bila mereka dah betul-betul tiada di dunia ni. Nak meluahkan rasa rindu yang tak terungkap tu dah tak boleh dah. Takde tempat nak meluahkan isi hati yang terpendam.

Macam mana seorang anak yang walaupun beri layanan pada kedua ibu bapanya, sedaya upaya tunaikan hasrat mereka, pun tak tertanggung rasa rindu, apa lagi kalau kita ambil sikap endah tak endah.

Makan minum mereka, kita tak pernah tanya. Sakit pening mereka, tak pernah nak ambil peduli. Tak pernah nak balik jenguk pun mereka di kampung halaman. Hanya mengirim kan duit ke dalam akaun itupun bila mereka sudah minta.

Ingatlah waktu kecil dulu, macam mana seorang mak tu boleh layan apa je kemahuan yang kita nak. Nak itu mak belikan, nak ini mak belikan. Tak pernah sekali pun mak cakap tak boleh walaupun mak takde duit.

Macam mana ayah, sanggup bawa kemana saja kita nak pergi. Apa je kehendak yang kita nak waktu tu juga ayah cuba dapatkan. Kita teringin nak pergi zoo, ayah bawa. Kita teringin nak jalan-jalan ayah bawa.

Takkan mungkin kita boleh lupakan macam tu je semuanya. Cubalah renung balik.

Apa dah cukup kita berbakti pada mereka? Adakah ikhlas ataupun kita rasa terpaksa?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge