TIFFANY SHATILA

Suasana-pejabat

Aku terkesima dengan kecantikan seorang wanita yang lalu didepan ku tadi. Melihatkan rupa paras nya yang menarik, tentu ramai lelaki yang akan terpesona melihatkan wajahnya. Orangnya sederhana dan sangat lembut daripada segi perwatakan. Sudah lama aku tidak melihat wanita secantik beliau di tempat aku ini.

Aku perhatikan saja cara beliau berinteraksi bersama rakan-rakannya. Nadanya yang lembut dan tenang membuatkan orang lain mudah mesra bila berbual. Lirikan matanya yang ayu, rambut yang tersisir rapi dan haruman minyak wanginya sungguh menarik perhatian orang sekeliling.

PERWATAKAN MENARIK

Aku tidak pernah pula melihat beliau sebelum ini. Mungkin staf baru di pejabat. Aku beranikan diri untuk menegur beliau. Walaupun agak sedikit gementar, namun aku gagahi saja. Asalkan dapat tahu siapakah gerangan namanyapun sudah memadai bagiku. Gadis secantik beliau pasti buatkan sesiapa sahaja nervous.

Pada mulanya beliau seperti ingin mengelak. Namun disebabkan aku berada betul-betul ditepi tempat meja beliau bekerja, jadi nak tak nak hanya mampu terduduk kaku tersipu malu. Comel pula apabila aku melihat pipi beliau yang gebu itu sudah mula sedikit kemerah-merahan.

BERTEGUR SAPA

Aku perkenalkan diriku sebagai Jefry, seorang budak kerani sedangkan aku sendiri merupakan pemilik kepada syarikat ini dan beliau memperkenalkan diri sebagai intern baru. Walaupun aku tidak beritahu yang sebenarnya dan menjelaskan aku hanyalah seorang kerani biasa, namun beliau melayani aku dengan sangat baik dan mesra.

Tiffany Shatila, cantik sungguh nama secantik orangnya juga. Selepas bertukar nombor telefon beliau pun meminta izin untuk pergi menjalankan tugas. Aku tidak menghalang kerana mungkin juga beliau masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja yang baru.

SUNYI

Sejak berpisah dengan isteri lima tahun yang lalu, aku akui kehidupan ku sunyi tanpa teman disisi. Setiap hari aku menjalankan rutin yang sama sahaja. Pergi kerja, balik kerja. Aku sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Dengan umurku yang baru nak menginjak ke usia 30-an aku telah berjaya memiliki banyak aset atas nama ku sendiri.

Aku ada lebih daripada 3 buah rumah penthouse yang aku sewakan kepada orang lain. Aku juga memiliki sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sama seperti dalam filem Transformers yang aku hanya hidupkan enjinnya pada hujung minggu sahaja. Kereta harian ku untuk ke tempat kerja hanyalah sebuah Mercedes CLA 450 AMG yang biasanya dipandu oleh pembantu peribadiku.

SEJARAH SILAM

Walaupun aku dianugerahi nikmat sebegini mewah, namun terpuruk di dasar lubuk yang paling dalam, aku juga hanya lah seorang manusia biasa. Aku perlukan seseorang suri hati yang menemani dikala aku susah dan senang. Melihat pasangan lain yang sentiasa bermesra antara satu sama lain, membuatkan hatiku menjadi sayu.

Kesilapan yang dilakukan lima tahun lalu menjadi pengajaran bagiku. Aku tidak menyalahkan bekas isteri, mungkin waktu itu kami berdua masih muda. Aku sangat sibuk membina kerjaya, sedangkan beliau belum cukup puas menikmati fasa sebagai seorang remaja dan juga meluangkan waktu bersama rakan-rakan.

PENYERI

Perpisahan menjadi jalan terbaik apabila tiada lagi persefahaman. Biarlah, beliau juga kini sudah mempunyai kehidupan yang lebih baik bersama suaminya yang baru. Tinggal lagi bagaimana aku harus meneruskan kehidupan di kala usia juga sudah semakin meningkat.

Rumah aku yang berada di dalam hutan ibarat dalam filem Twilight ini sudah lama sunyi tanpa penyeri. Hari-hari aku hanya melihat pembantu rumah sahaja yang sibuk turun naik membersihkan kediamanku. Mungkin sudah sampai masanya aku perlukan seorang suri hati yang boleh kembali mewarnai kehidupanku yang agak suram ini.

MUNGKINKAH

Entah kenapa bila memandang akan wajah Tiffany Shatila tadi, hatiku mula rasa bergetar dan menjadi tidak tentu arah. Ramai sudah wanita yang cuba mendampingi aku namun semuanya hanya inginkan harta yang aku miliki. Aku sangat tidak suka dengan mereka yang materialistik.

Aku perlukan seorang wanita yang boleh menerima aku seadanya. Daya tarikan yang ada pada Tiffany sangat kuat hingga menyebabkan aku ingin mengenalinya dengan lebih lanjut. Entah kenapa hatiku berbunga-bunga apabila menyebut nama beliau. Aku perlukan sedikit masa. Biarlah waktu yang menentukan apa yang terjadi seterusnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge