Tips beli kereta Honda City 2020 untuk orang yang berniaga

20201028_225743

Okay cerita dia macam ni. Dulu aku pernah nak beli kereta proton persona. Masa tu tahun 2018. Aku still lagi meniaga kat uptown. Mana yang baca artikel aku sebelum ni tau lah aku ni peniaga pasar malam.

Keadaan masa niaga dulu agak struggle jugak. Banyak part yang aku nak kena settlekan kalau aku nak ambil kereta. Belum lagi fikir macam mana nak bayar bulan-bulan, servis selepas jualan tu semua.

Dan masa aku nak beli kereta persona tu, disebabkan aku meniaga, detail yang sales advisor masa tu minta ic depan belakang, lesen depan belakang, statement bank 6 bulan. Itu antara detail yang nak kena bagi.

So aku pun bagi je lah detail yang aku boleh bagi. Lepas tu dia ada minta current account, ssm apa semua tu. Aku cakap mana ada. Lepas tu minta lagi tax declaration letter, Lagi lah takde aku cakap.

Last-last dia pun malas nak layan aku dah. Dia kata takpe try proceed je lah. Dan aku pun dah boleh agak loan tu takkan lepas. Tak pelah belum rezeki. Aku pun fikir lagi macam mana nak buat.

Aku terus pergi perodua dan try submit loan untuk axia e spec yang paling murah sekali. Harga masa tu 23k. Aku submit bagi ic lesen statement bank je. Alhamdulillah terus lepas.

So lepas dah 2 tahun aku pun dah tak meniaga kat uptown dah. Aku duduk dalam bisnes sales start 2018. Bulan 9 baru ni aku genap 2 tahun dalam bisnes baru ni. So aku pun try submit untuk kereta Honda City 2020 yang baru ni.

Sama jugak macam masa ambil axia dulu. Bank cuma minta ic, lesen, statement bank. Cuma yang buatkan aku punya permohonan ni lagi kuat sebab ada commission statement daripada company.

So part aku, aku cuma cantikkan commission statement aku selama 6 bulan lah. So biasalah bila berniaga ni ada naik turun. Tapi alhamdulillah aku boleh maintain average income aku setiap bulan lebih kurang dalam 6k macam tu.

So bila aku submit dan company profile yang aku join ni pun quiet strong sebab 1 Malaysia memang dah kenal produk yang kitorang jual, so tu salah satu yang buatkan loan aku approve jugaklah.

Apa-apa pun kalau ada yang baca artikel aku ni dan memang plan nak beli kereta Honda City 2020 tapi loan tak lepas ke ataupun nak buat side income, aku suggestkan cari company yang boleh keluarkan commission statement.

Insha ALLAH boleh lepas loan korang. Aku doakan semoga urusan korang dipermudahkan dan kalau ada apa-apa nak tanya, nak minta bantuan, roger je aku. Aku tolong korang dari sini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge