TIPS BELI KERETA

Kedai-kereta

Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak beli kereta. Perasaan teruja dan gembira untuk ke pusat jualan kereta, bertemu dengan jurujual yang sangat profesional pastinya membuatkan perasaan membuak-buak.

Melalui proses daripada memilih kereta yang mana sesuai bagi keperluan keluarga, mengisi borang tempahan, mendapat kelulusan pinjaman dari pihak bank yang berdaftar, menandatangani perjanjian hinggalah hari dimana kunci diserahkan kepada kita. Tentunya akan menjadi pengalaman yang sangat berharga.

KEGUNAAN

Pada zaman kini, kereta sudah menjadi satu keperluan penting buat seisi keluarga. Kebanyakan daripada rakyat di negara ini sangat mementingkan penggunaan kereta dalam kehidupan mereka seharian. Disamping memudahkan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain, kereta juga menjadi salah satu tanda aras bagi kejayaan seseorang.

Ramai dikalangan mereka yang berjawatan besar akan membeli kereta mewah sesuai dengan status dan kedudukan yang dipegang. Bagi golongan elit ini, membeli kereta bukan lah lagi setakat untuk memudahkan perjalanan tetapi lebih kepada kepuasan hati dan keselesaan pemanduan. Bagi mereka memiliki kenderaan yang mewah boleh dijadikan koleksi kerana ada sesetengah kenderaan itu sangat terhad dan sukar untuk dimiliki.

KEPENTINGAN

Bagi mereka yang berada di kalangan pendapatan isi rumah yang sederhana, sangat penting untuk memilih kereta mana yang paling sesuai buat mereka. Ini kerana membeli kereta bukanlah satu aset disebabkan nilai sesebuah kenderaan itu akan jatuh selepas beberapa tahun dibeli. Tentu sukar untuk menjual kereta pada harga yang tinggi jika sudah dibeli sejak dari 9 tahun yang lepas.

Disamping perlu memikirkan bagaimana mahu melunaskan ansuran bulanan jika dibeli secara kredit, kita juga perlu memastikan kenderaan diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Jika tidak diservis memgikut masa yang betul, lama-kelamaan kereta akan menjadi mudah rosak dan bila satu bahagian telah rosak, ianya boleh berjangkit ke bahagian yang lain pula.

KIRA-KIRA

Cukai jalan dan insuran juga jangan dipandang mudah. Lebih mahal harga kereta yang dibeli, maka lebih mahal lah yuran yang perlu dibayar setahun sekali. Perkara ini selalu terlepas pandang bagi mereka yang pertama kali membeli kenderaan. Ini akan membahayakan kita dalam menguruskan bajet yang betul.

Satu tips yang boleh dikongsi bagaimana mahu mengukur tahap kemampuan kita membeli kereta. Harga kereta itu mestilah lebih kurang sama dengan gaji tahunan kita. Contohnya jika kita bergaji purata 3000 sebulan, kita layak untuk membeli kereta yang bernilai anggaran 36000. 3000×12 = 36000. Ini adalah contoh anggaran yang selamat untuk membeli sebuah kenderaan.

BIJAK MEMILIH

Apa yang paling penting, tepuk dada tanya hati. Sangat-sangat penting untuk mengambil kira semua aspek jika kita mahu membeli kenderaan baru. Perancangan yang baik pasti akan menyenangkan kita dikemudian hari. Kita pasti tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini seperti kenderaan terpaksa ditarik akibat tunggakan beberapa bulan oleh kerana tersalah membuat kira-kira bajet.

Dengan perancangan yang baik dan teliti, pasti kita dapat menentukan jenis kenderaan yang bagaimana sesuai untuk kita. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran apakah perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli sesebuah kenderaan dan paling penting ianya akan memberi manfaat dalam kehidupan seharian kita.

Selamat membeli !

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge