Tips berkomunikasi dengan pasangan bila berlaku masalah

love-romantic-quotes-wallpaper-preview

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Hari ni aku decide untuk nak share pengalaman bila mana hubungan antara aku dan isteri tiba-tiba bermasalah. Punca kejadian tu tak tentu.

Kadang aku yang sengaja buat hal kadang benda tu melibatkan orang luar yang sebelum ni langsung takde kena mengena dengan hubungan kitorang pun.

Sebab apa aku nak share, benda macam ni bila jadi memang ganggu emosi dan fikiran kita 24 jam. Tak senang duduk dibuatnya babe. Kadang nak makan pun tak lalu, nak tidur pun tak lena.

Nak kerja pun hati rasa panas je. Tak jadi kerja serius aku cakap. Dan kalau korang jenis yang buat bisnes memang boleh bahayakan bisnes korang kalau benda ni tak settle.

Sebab orang bisnes tak boleh terikut-ikut dengan emosi dia. Kalau tak boleh nak lawan emosi sendiri dan terbawa-bawa, serius jahanam niaga dibuatnya. Apa benda pun malas nak buat. Bila niaga ni kalau dah tak buat, mana nak datang sumber duitnya.

Dah lah down sebab gaduh dengan pasangan kita, lepas tu down lagi duit dah kering. Bahaya bahaya jangan buat pasal. Orang berniaga kena kuat dan cekal hati.

So bila jadi satu-satu masalah tu kita mesti kena cari peluang untuk berkomunikasi dengan pasangan kita. Macam mana pun kena bercakap. Kalau masing-masing diam memang takkan selesai.

Cara dia bila nak bercakap kita kena tengok lah mood pasangan kita tu balik macam mana. Kalau muka pun masih muka toya lagi, takyah lah pi tegur dulu. Rileks je dulu biar keadaan tu sejuk balik sikit.

Bukan apa, time ni otak dengan akal belum berfungsi dalam keadaan normal lagi. Api dan ego dalam diri tengah duk membuak-buak. Time ni cakap macam mana pun dia akan rasa betul diri dia je yang kita ni salah.

So biarkan dia sejuk dulu. Kalau kena makan sehari pun takpe lah. Nak buat macam mana kan. Tapi biasanya sekejap je dah boleh nampak yang pasangan kita dah mula tenang. Dah mula hilang muka ketat dia tu.

Lepas dah nampak dia macam dah okay sikit, cuba bawa bercakap dalam nada yang perlahan. Tak perlu banyak perkataan pun. Boleh mulakan dengan perkataan maaf dan seumpamanyalah.

Bukan nak kata kita ni bersalah bila kita minta maaf ni, cuma kita nak pastikan ego dia turun je. Sebab selagi ego dia tak turun, dia takkan nampak walaupun sebenarnya salah tu berpunca daripada dia sendiri.

Cuba cakap contoh macam “sayang, saya minta maaf apa yang saya cakap tadi ya,”. Masa ni kita nak pancing nak tengok mood dia macam mana. Kalau dia masih taknak bagi kerjasama, jangan rushing² nak pujuk.

Bagi masa lagi kat dia. Ingat kut mana pun kita kena sentiasa berfikiran realistik time ni dan kena banyak-banyak-banyak bersabar. 3 kali aku ulang bab sabar ni sebab ni memang benda paling penting.

Kemudian bila perkataan maaf kita disambut, even dia sambut dengan perkataan ‘ya’ je pun, itu salah satu signal yang ego dia dah makin turun. Time ni cubalah dekat dengan pasangan kita dan letakkan tapak tangan kat belakang dia.

Cuba usap-usap supaya marah dia tadi turun balik. Jangan laju sangat, kalau dia tepis, okay kena hold dulu. Ulang je balik minta maaf tadi dengan pasangan kita.

Bila dia dah tak tepis tangan kita dah, cuba lah rangkul bahu pasangan kita tu tadi. Kalau perlu bercakap, cakap dalam nada yang lembut dan perlahan. Kalau rasa tak sesuai bercakap, then stay lah dalam position tu seberapa lama yang boleh.

Sampailah kita boleh rasa pasangan kita tu dah makin okay. Masa ni cuba lah bawa bercakap dan macam aku bagitau tadi, banyakkan minta maaf. Bukan sebab kita salah ke tak, tapi sebab kita nak turunkan ego pasangan kita tadi tu.

Percayalah, bila kita duk kerap ulang minta maaf, kalau betul pasangan kita yang salah, masa ni dia sendiri yang akan akui kesalahan dia nanti. Tak payah kita yang nak kena tanya pun.

Insha ALLAH bila dia sendiri dah mengaku dia salah, lepas ni ada kemungkinan besar yang dia takkan ulang lagi dah salah yang sama. Kalau jadi lagi, dia sendiri akan sedar yang dia dah buat salah dan cepat-cepat dia akan minta maaf ke kita.

Ini cuma pengalaman aku sendiri yang aku kongsikan dengan korang. Dan apa yang aku cerita ini apa yang aku buat. Ingat balik kenangan manis kita masa belum kahwin dulu, macam mana kita berjanji manis bersumpah setia yang kita akan sama-sama jaga hubungan yang ni baik-baik sampai bila-bila.

Hargai lah pasangan kita walau macam mana sekalipun perangai dia kita suka ke tak suka. Sebab kita berkahwin bukan mengharapkan pasangan kita jadi sempurna, sebab takde orang yang sempurna.

Perkahwinan tu adalah untuk saling melengkapi kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain. Berbaik-baiklah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge