Tips berus gigi 3 minit

rajin-berus-gigi

Masa kecil-kecil dulu, aku memang tak berapa pentingkan penjagaan gigi ini. Rasa nak berus baru aku berus. Kesan dia bila aku dah besar ini memang ketara sangat. Semua gigi banyak dah yang goyang. Bahagian depan gigi pun dah berterabur. Dah tak cantik dah susunan.

Haritu aku ada dengar kat radio. Paling elok bila kita nak berus gigi ini kurang-kurang 3 minit. Baru lah kita dapat berusan yang sempurna. Kali ini aku kongsi macam mana nak dapatkan 3 minit berus gigi sebab kadang kita berus tak sampai pun 3 minit sebenarnya.

kena sentiasa rajin berus gigi

Pasang lagu-lagu kegemaran

Pertama kita boleh hidupkan lagu-lagu yang kita minat. Panjang lagu itu lebih kurang 3 minit ke atas. Jadi bila lagu start je kita pun mulakanlah memberus gigi sampai lah lagu habis. Selagi lagu tak habis bermakna kita belum cukup lagi berus ikut masa yang sepatutnya.

Boleh hidupkan lagu dalam bilik air guna telefon tapi part ini kena hati-hati. Pastikan letak handphone itu dekat bahagian yang rata dan tak mudah jatuh. Kalau jatuh pecah sia-sia je kerja. Jauhkan juga telefon daripada tempat yang mudah kena air. Melainkan telefon kita memang kalis air.

hidupkan lagu-lagu kegemaran

Duduk bila nak memberus gigi

Kedua bila nak berus gigi itu biarlah sambil duduk. Janganlah kita berus gigi sambil berdiri. Perbuatan berdiri dalam bilik air pun tak bagus sebenarnya. Kita sebagai muslim digalakkan mandi sambil duduk supaya lebih beradab dan lebih selamat bila dalam bilik air.

Yelah kalau berdiri buatnya licin kan bahaya kalau jatuh. Bila kita berus gigi dalam keadaan duduk ini kita akan lebih tenang dan takdelah terburu-buru nak cepat siap. Bila nak cepat ini lah yang menyebabkan kita tak dapat berus gigi dengan baik kat semua bahagian dalam mulut.

duduk bila dalam bilik air

Gunakan berus gigi yang sesuai

Ketiga kita kena pastikan berus gigi yang kita gunakan itu sesuai tak dengan kita. Dekat kedai ada macam-macam jenis berus gigi. Ada yang keras, ada yang lembut. Ada yang besar, ada yang kecil. Kalau kita dah biasa beli mungkin kita dah tau kita punya berus gigi sesuai jenis macam mana.

Macam aku sendiri, aku jenis yang pakai berus gigi yang besar tapi lembut. Aku pernah guna berus gigi yang besar tapi keras. Last-last habis berdarah semua gusi aku. Kalau berus gigi pun kita rasa tak best, macam mana kita nak berus sampai 3 minit lebih betul tak?

guna berus gigi yang sesuai

Gigi adalah permata berharga

Itu je lah yang aku nak kongsikan kali ini. Jaga lah gigi kita baik-baik kalau taknak muda-muda lagi dah kena pakai gigi palsu. Macam aku memang dah redha je kalau kena pakai gigi palsu sebab kebanyakan gigi memang banyak yang dah bergoyang.

Gigi ini ibarat permata. Bila kita dah kehilangan satu gigi ibarat hilanglah satu pemberian Tuhan yang sangat berharga. Sememangnya gigi ataupun apa saja panca indera yang dah diberi takkan ada gantinya. Kita wajib jaga baik-baik apa yang kita ada.

Yang dah takde memang dah tak boleh ganti yang baru. Jaga lah elok-elok mana yang masih berbaki.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge