Tips cara simpan minyak wangi di rumah

tahan-lebih-lama

Aku sekarang ini tengah plan nak beli 1 minyak wangi setiap bulan. Aku memang suka bau minyak wangi sebab tu aku rasa macam nak adakan satu koleksi minyak wangi sendiri kat rumah. Aku tanya isteri aku haritu dan dia pun dah setuju nak support aku.

Lepas itu aku terfikir, ada satu minyak wangi mungkin tak berapa nak perasan sangat tapi kalau minyak wangi dah banyak, macam mana cara nak simpan dia ya? Boleh ke kalau kita nak letak merata je kat dalam bilik? Contoh kat atas meja ke?

Persoalan yang menjadi tanda tanya

Jadi persoalan ini bermain dalam kepala aku. Lepas tu buatkan aku rasa risau pulak nak beli. Yelah, harga sebiji minyak wangi tu boleh tahan keras juga. Cuma disebabkan minat punya pasal, aku pun ketepikan pasal harga semua tu.

Nak tak nak kena cari cara juga lah macam mana nak selesaikan perkara ini. Taknak lah nanti baru nak kelam kabut bila minyak wangi yang dibeli tu tiba-tiba jadi tak tahan bau dia pula. Lagi teruk takut minyak wangi tu rosak ataupun tersejat.

Carian pun bermula

Aku cari lah artikel-artikel sebelum ini yang ada dalam Google yang boleh aku jadikan sumber rujukan. Ada macam-macam petua atau tips yang aku boleh guna pakai atau aku nak kongsikan. Setiap penulis ada teori dan praktikal yang berbeza-beza.

Aku ambil satu yang aku rasa sesuai dan boleh guna pakai. Artikel tu bagitau, kita tak boleh simpan minyak wangi dekat kawasan yang lembap. Contoh macam dalam bilik air sebab nanti boleh menyebabkan bakteria terkumpul dekat botol minyak wangi.

Ambil cara paling mudah dipraktikkan

Cara paling mudah ialah dengan biarkan minyak wangi tu dalam kotak dia masa kita beli tu. Tabiat biasanya kalau dah beli satu-satu barang tu kita mesti nak buang kotak barang tu kan tapi kali ini kena simpan kotak tu supaya minyak wangi tu tahan lama.

Lepas tu simpan minyak wangi tu dalam kawasan yang gelap dan tak kena dengan cahaya matahari. Paling sesuai nak simpan aku rasa memang kat dalam almari je. So tak perlu nak letak atas meja macam kebiasaan orang selalu buat sebelum ini.

Sekadar perkongsian bersama

Bila dah tau, baru lah jadi yakin sikit nak beli dah lepas ini. Aku pun dalam proses nak belajar dan mendalami tentang minyak wangi ini. Apa-apa yang aku tulis ini sekadar perkongsian je. Bukan bermakna aku ini pakar dalam minyak wangi.

Kalau ada apa-apa pasal minyak wangi yang korang tau, tips dan tricks ke boleh je contact aku dekat ruangan Hubungi Saya. Boleh kita sesama belajar lagi pasal minyak wangi ini. Ataupun kalau nak jual minyak wangi original boleh je whatsapp aku. 0123611587

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge