Tips cuci kereta sendiri

cleaning-steam-smoke-pressure

Kalau korang baru beli kereta, mesti rasa macam nak hari-hari cuci je kereta tu kan. Haha. Samalah macam aku. Tak tahu kenapa, tapi best sebenarnya bila tengok kereta kita sentiasa bersih.

Kalau tak, nampak kotor sikit je terus kepala rasa berdenyut-denyut. Kalau boleh satu habuk pun taknak bagi lekat. Haha mana boleh. Simpan dalam kelambu lah cerita dia kalau nak macam tu.

Nak pergi cuci kat kedai hari-hari mana maunya. Koyak gak sekali cuci bayar 13 ringgit. Kalau hari-hari dah berapa kan? Seminggu sekali pun dah okay dah. Tapi macam mana nak buat kalau tak sampai seminggu kereta dah kotor balik?

Sakit hati tu, takkan nak tunggu kan? Kereta nak tengok hari-hari. Apa yang aku buat, aku decide cuci sendiri kereta aku. Senang boleh terus hari-hari cuci, tak payah dah nak tunggu seminggu sekali.

Time bila sesuai cuci kereta ni? Dah tentu lah waktu pagi. Sebab kita tengah bersemangat baru bangun tidur, badan segar, otak fresh. Baru lah kerja mencuci jadi lagi bagus dan lagi bersih. Boleh exercise sekali.

Kat mana nak beli barang-barang pencuci? Alaa senang je. Aku pergi kat Mr DIY. Kat situ semua ada. Sabun ke shampoo ke, semua lengkap. Siap aku beli vacuum untuk kereta lagi. Nampak tak punya semangat aku haha.

Dengan siapa nak cuci kereta? Seeloknya buat seorang-seorang. Tak payah ajak kawan ke wife ke, leceh. Sebab kerja cuci kereta ni memang agak penat, tapi seronok. Cuma bila ada 2-3 orang kerja jadi lambat sebab borak je lebih.

Itu je aku nak share kali ni. Harap dapat bagi idea kat korang tips macam mana nak cuci kereta sendiri. Oh lagi satu, kawan aku ada jual sabun cuci pinggan, dan sabun ni boleh buat cuci kereta sekali. Keluaran bumiputera. Ada yang berminat pm aku kat nombor whatsapp ni 0123611587

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge