Tips cuci kipas siling guna pelembut wangi baju dan cuka

kipas-dalam-bilik-susah-sikit-nak-cuci

Entah kat mana haritu isteri aku baca. Dia pun tak ingat. Aku tanya dia haritu. Susah betul lah nak cuci kipas siling. Dah lah tinggi lepas tu habuk-habuk tu susah nak tanggal.

Bila dah cuci cepat pula dia berhabuk balik. Kalau selalu macam ini boleh tahan penat juga nak mengerjakan dia. Takde cara ke nak bagi habuk tu lambat nak melekat.

Campurkan air dengan pelembut baju bukan sabun

Lepas tu dia bagitau aku. Dia suruh aku cuba buat macam ini. Sebelum nak basuh kipas siling tu, penuhkan air lebih kurang separuh baldi macam itu lah. Aku pun buat je.

Campurkan air tadi tu dengan pelembut baju. Bukan sabun basuh baju, tapi pelembut baju yang wangi tu. Ada macam-macam jenama pakai yang memana satu pun boleh.

Masukkan sedikit cuka masakan

Lepas itu dia suruh aku campurkan sikit dengan cuka dalam beberapa titik. Aku tanya kenapa nak kena buat macam ini. Dia cakap buat je lah jangan banyak soal. Haha aduyai.

Aku pun buat ikut macam dia suruh. Aku cuci kipas siling kat rumah aku tadi dengan campuran air yang dah diletakkan pelembut baju dan cuka. Aku tenyeh kat kipas tu.

Mudah tanggal dan lambat berhabuk balik

Eh, senang je tanggal habuk-habuk itu. Haritu bukan main susah lagi nak hilang. Sampai macam nak tercabut dah kipas itu aku buat. Kali ini senang je, sekejap dah bersih.

Lepas itu aku perhatikan kipas itu dalam beberapa hari. Tak banyak habuk yang melekat dah sekarang. Bukanlah tak melekat langsung, cuma lambat dia nak tebal itu.

Boleh cuba praktikkan

Aku pun jadi lega. Takdelah nak kena cuci selalu lepas ini. Sampai sekarang aku tak tau kenapa nak kena campur dua bahan itu tadi. Aku pun pelik macam mana boleh jadi macam itu.

Aku tanya isteri aku, dia cuma buat muka selamba dia je la. Takde nya dia nak jawab soalan aku. Okay lah. Isteri aku memang menang bab-bab hal rumah ini. Hahaha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge