Perasan tak bila dah lama kahwin, hubungan antara suami isteri itu kadang mula kendur sikit. Dia bukanlah kata dah tak sayang, tapi yelah. Dah takde nak bergurau-senda, nak beramah mesra. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja yang takde kesudahan itu.
Kadang kerja kat pejabat dibawa balik ke rumah pula. Macam mana hubungan tak jadi kelam malam ye tak? Kali ini aku kongsikan tips ataupun macam mana cara nak hangatkan balik hubungan suami isteri ini supaya jadi macam baru kahwin dulu.
Mudah dan senang nak dipraktikkan.
Pelukan hangat
Pertama kalau nampak isteri tengah sibuk kat dapur buat kerja ke atau tengah takde buat apa-apa dalam bilik dia tengah duduk itu, cuba rangkul tubuh isteri dan peluk mereka dari belakang. Mesti dah lama tak buat macam ini kat isteri betul tak?
Kalau dulu baru kahwin mesti hari-hari buat. Benda basic je cuba buat balik macam ini. Pelukan suami secara tiba-tiba ini boleh berikan ketenangan yang susah nak digambarkan oleh seorang isteri. Tapi ingat, tengok keadaan. Jangan isteri tengah goreng ayam pun nak dipeluk.
Tak pasal kena minyak panas nanti.
Kejutan tak disangka
Kedua cuba bagi kejutan yang isteri tak jangka. Contohnya kita sepatutnya boleh cuti hari ini. Tapi sajalah kononnya buat-buat pergi kerja. Bila dah salam semua kita pun buatlah pergi kerja macam biasa. Sesaja nak buat surprise.
Dalam 10 minit ke 20 minit macam tu terus patah balik ke rumah. Isteri pun mesti terkejut kenapa kita tak pergi kerja sedangkan kita memang cuti pun. Bawalah isteri jalan-jalan pergi shopping mall ke time orang lain semua tengah kerja.
Seronok tau jalan-jalan time tak ramai orang.
Luangkan masa berdua
Ketiga dan yang ini memang paling terbaik Disebabkan dah lama berkahwin cuba setkan satu masa untuk kalian berdua pergi bercuti ke mana-mana. Anak-anak kalau boleh tak payah bawa. Tumpang dengan sesiapa sekejap.
Tak payah lama, 3 hari 2 malam pun dah okay dah. Pergi dekat-dekat dengan rumah pun takpe. Percayalah, hubungan mesti jadi panas balik macam pengantin baru. Tinggalkan semua kerja. Telefon letak tepi dulu. Ini masa untuk kalian berdua.
Mesti bila dah pulang ke rumah balik masing-masing senyum je.
Berkasih sampai syurga
Perasaan kasih dan sayang itu kena sentiasa disemai barulah hubungan akan jadi lebih erat. Macam pokok, ada masa kena siram, ada bahagian yang rosak kena potong supaya tak effect yang lain. Kena baja supaya bunga tumbuh mekar dan segar.
Kalau boleh kita bukan setakat bina hubungan di dunia ini saja, tapi insha Allah berkekalan sampai lah akhirat nanti. Sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain. Semoga perhubungan sentiasa dirahmati dan berada dalam redha Allah SWT.
Amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki
Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu…... Baca selanjutnya »
Besar pahala isteri kejutkan suami bangun subuh
Yelah, kadang kan suami ini kan penat balik kerja. Bila dah penat mana suami itu ingat apa dah. Yang dia tau balik,…... Baca selanjutnya »
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri
Dia macam ini, kalau kata gaduh dengan suami, janganlah terus hentam suami tu cukup-cukup. Kesian kat si suami tu. Apa je tak…... Baca selanjutnya »
Tips hiburkan hati isteri yang sedang bersedih
Isteri ini ada waktu dia terkadang itu tiba-tiba je hati dia rasa macam sayu. Senang tersentuh. Tak tahu kenapa, kadang kita suami…... Baca selanjutnya »
3 perangai isteri buat suami merajuk
Ada sesetengah isteri tak perasan perbuatan mereka itu sebenarnya buatkan suami jadi tak tentu arah. Tak pasti sama ada nak suka ataupun…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions