Isteri ini ada waktu dia terkadang itu tiba-tiba je hati dia rasa macam sayu. Senang tersentuh. Tak tahu kenapa, kadang kita suami ini pun susah nak tahu. Payah nak teka. Isteri dia tak tunjuk.
Dia simpan je dalam hati. Kadang mungkin sebab kena marah dengan bos ataupun berniaga tapi belum dapat sales lagi. Kita sebagai suami kenalah mainkan peranan sebelum jadi lagi parah.
Saya kongsikan 3 tips untuk buat isteri jadi gembira balik.
Bawa isteri keluar jalan-jalan
Pertama cuba bawa isteri itu keluar berjalan. Kadang suasana dalam rumah boleh buatkan isteri itu jadi lagi tambah tertekan. Jadi bila keluar itu sekurangnya dapatlah juga isteri hirup udara segar. Takdelah rasa serabut sangat.
Boleh bawa isteri pergi mall ke, ataupun jalan-jalan pergi taman. Biasanya tempat yang selalu jadi tumpuan memang shopping complex lah. Alah, pergi yang paling dekat dengan rumah pun takpe dah. Tak payah pergi jauh-jauh pun.
Beli barang yang isteri dah lupa
Kedua alang-alang dah keluar itu cuba belikan isteri sesuatu yang mungkin isteri dah lama nak, tapi dia dah lupa. Ini pun salah satu cara untuk redakan hati isteri yang tengah sedih. Cuba ingat-ingat balik masa itu apa yang isteri nak sangat.
Bukannya kena beli emas berlian, mungkin sebelum ini isteri pernah tanya pasal jam ke kan? Bawalah pergi kedai jam, ataupun pergi kedai bag ke. Tak payah tanya isteri nak pergi ke tak nak. Bawa je pergi kedai itu dulu, nanti baru cerita nak beli ke tak hihi.
Cuba makanan yang tak pernah rasa
Ketiga sebelum balik itu singgah lah pergi makan kat mana-mana kedai makan yang best. Kalau dah biasa sebelum ini lepak makan kat mamak kan, cuba bawa isteri pergi makan kat tempat yang korang jarang atau tak pernah makan sebelum ini.
Contoh macam pergi makan sushi ke, ataupun pergi makan steamboat, ataupun boleh cuba bawa isteri pergi kedai makan teppanyaki. Kat situ pun best makan sebab kita boleh tengok tukang masak itu sediakan masakan live depan mata. Adalah sikit hiburan untuk ceriakan isteri.
Ambil berat isteri selalu
Sebagai suami kita kena selalu ambil berat perasaan isteri kita. Sebab kalau isteri ini bad mood, nanti lama-lama kalau kita ambil tak kisah, dengan kita-kita sekali jadi mood tak baik. Kita kan pasangan, so kalau seorang sedih, seorang lagi kenalah ceriakan.
Percaya tak, benda yang sama juga isteri akan buat bila kita dalam keadaan moody dan stress kerja. Macam itu lah hidup berpasang-pasangan, saling melengkapi antara satu sama lain. Bila ada rasa ambil berat macam ini, barulah kehidupan jadi lebih bahagia.
Setuju?
Artikel menarik untuk anda:
3 cara kawal isteri yang sedang marah
Isteri, kalau dia dah mula marah, memang merah padam habis muka dia. Kita yang lelaki ini pun terus jadi takut nak bawa…... Baca selanjutnya »
Isteri bukannya nak shopping sangat
Isteri ini sebenarnya dia faham je bila masa suami dia ada duit, bila masa suami dia takde duit. Jadi sebagai suami janganlah…... Baca selanjutnya »
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki
Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu…... Baca selanjutnya »
Suami kena minta maaf dengan isteri dulu tak kira siapa yang salah
Tak kisah lah siapa salah sekalipun. Kita sebagai lelaki ini mesti kena mulakan minta maaf dulu kalau jadi apa-apa masalah. Jangan kita…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions