Bila kita berniaga, perkara yang paling penting sebenarnya bukan kita dapat jualan tu. Ya betul, jualan tu lah yang mendatangkan income untuk kita.
Tapi kalau kita terlampau fokuskan sangat nak menjual, kita akan buat customer jadi tak selesa dan lama-lama daripada niat dia memang nak membeli last-last dia tak jadi beli. Pernah jadi kan macam ni?
So pertama sekali yang kita nak kena buat ialah sebelum nak menjual tu kita kena ambil tau apa masalah customer kita ni sebenarnya. Bila kita dah tau masalah dia baru lah kita boleh selesaikan masalah tu.
Selesaikan dengan cara menjual produk kita tu tadi lah. Customer pun takkan rasa yang kita ni nak menjual sangat ke dia, customer akan rasa yang kita betul-betul nak tolong selesaikan masalah dia.
Kedua kita kenalah layan customer tu macam manusia, jangan layan dorang macam robot. Kita takkan boleh bina hubungan yang baik kalau kita duk copy paste pamplet je dan blast semberono macam tu.
Pernah tak dapat blast promo daripada kawan-kawan kita yang duk buat bisnes lain? Rasa tak benda tu macam annoying. Rasa cam nak block je member kita tu kan. So kalau kita tak suka, janganlah kita pula gi buat benda yang sama.
Ketiga, kita kena lah buat berkawan dengan customer tu. Pernah tak kita dengar yang kawan belum tentu boleh jadi pelanggan, tapi pelanggan kita boleh jadi kawan kita. Ramai orang yang terkesan income dorang sebabkan pkp.
Pengalaman aku sebelum ni ramai pelanggan yang dah jadi kawan baik. Ada yang sampai aku dah train dorang jadi ejen jualan bawah bimbingan dan tanggungjawab aku pula. Nampak tak betapa kita ambil berat masalah mereka.
Bila kita tau dorang ada masalah, kita offer bantuan untuk tambah baik income keluarga dorang. Kita bagi support system dan tunjuk ajar supaya boleh sama-sama generate income yang baik dalam platform bisnes ni.
So korang yang baca artikel ni, andai kata perlukan bantuan aku untuk macam mana nak tambah income dan boleh survive dalam situasi ekonomi yang tengah struggle ni, boleh contact je aku dekat ruangan Hubungi Saya kat atas tu.
Insha ALLAH aku bantu korang keluar daripada masalah korang. Doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan. Amin ya rabb.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa kena tenang bila kita buat sales?
Bila kelam kabut buat kerja, kita akan cepat hilang fokus. Ni bahaya bila kita buat sales. Sebab apa? Kalau kita dah hilang…... Baca selanjutnya »
Pentingnya jaga pendirian yang kita pegang selama ni
Hari ni aku terkesan betul dengan khutbah Jumaat yang aku dengar tadi. Alhamdulillah hari ni dapat peluang untuk berjemaah selepas dah berapa…... Baca selanjutnya »
Tips memikat pelanggan
Aku kalau tengah present dengan customer, aku memang pastikan setiap penerangan yang aku bagi tu jelas, tepat dan terang. Seboleh-bolehnya aku nak…... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG KITA SUKA
Acap kali soalan ini di tanyakan kepada diri. Kau tak rasa susah ke bila buat jualan? Bukan ke kalau kita berniaga ini,…... Baca selanjutnya »
Tips hiburkan hati isteri yang sedang bersedih
Isteri ini ada waktu dia terkadang itu tiba-tiba je hati dia rasa macam sayu. Senang tersentuh. Tak tahu kenapa, kadang kita suami…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions