TIPS JANA SIDE INCOME BELI RUMAH PERTAMA

apartment-harmoni

Hari ini aku nak share pasal satu topik yang kebanyakan orang muda memang suka sangat. Kira macam aku berkongsi pengalamanlah. Apa yang aku nak ceritakan ini adalah apa yang real berlaku dalam hidup aku. Bukannya cerita yang aku reka-reka sesuka hati tau. Ini betul-betul bukan cobaan. Hehe.

Sebenarnya aku memang dah lama nak kongsikan pasal topik ini tapi asyik tak tertulis-tulis je. Daripada satu hari ke satu hari. Yelah, mana tidaknya. Aktiviti setiap hari penuh dengan macam-macam perkara yang nak kena handle. Ke sana ke mari ulang alik. Boleh tahan juga lah penat dia tu.

RUMAH SEBAGAI SALAH SATU ASET

Aku yakin mesti ramai orang zaman sekarang ini yang teringin nak beli rumah pertama untuk diri sendiri, betul tak? Tak kisah lah sama ada nak buat duduk ataupun nak dijadikan rumah sewa, mesti korang selalu berfikir-fikir dalam kepala. Siapa yang taknak ada rumah sendiri? Mustahil. Sebab semua orang tau yang rumah ini adalah aset.

Kebanyakan orang dulu-dulu zaman mak ayah kita yang mana dah pernah beli rumah, tak kisah la satu ke dua ke ataupun banyak, cuba tanya mereka berapa harga rumah tu masa dibeli dan berapa harga rumah tu sekarang? Jangan terkejut kalau mak ayah kita bagitau yang harga rumah tu melambung-lambung naik.

KOS SARA HIDUP SEMAKIN MELAMBUNG

Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ini, dengan taraf hidup dah makin naik memang agak susah kalau anak muda macam aku ini nak beli rumah. Lebih-lebih lagi kalau dah berkeluarga dan ada anak-anak, mesti lagi terasa cabaran nak beli rumah sendiri ini. Yelah masa bujang mana lah fikir nak beli rumah sangat, masa dah ada anak ini lah baru terbuka mata.

Tapi masa ini juga komitmen dah tinggi. Nak beli satu hal, nak dapatkan kelayakan pinjaman rumah tu lagi satu hal. Berapa ramai orang yang usaha hantar permohonan untuk beli rumah kat pihak bank, tetapi ada yang rata-rata permohonan mereka ditolak mentah-mentah. Lepas dibuat kiraan pendapatan, memang langsung bank taknak bagi buat loan.

FASA-FASA SUKAR DALAM HIDUP

Perkara yang sama juga jadi kat aku sebelum ini. Aku punya situasi lagi lah struggle. Dah lah niaga kat pasar malam kejap naik kejap turun, yang lagi buat aku rasa susah sangat nak beli rumah sebab aku takde bukti yang mengatakan aku ada business sendiri. SSM takde, akaun semasa takde. Jangan kan dua perkara ini, bank statement pun takde. Sebab duit niaga pegang sendiri kat tangan je.

Memang takde harapan lah cerita dia kalau nak beli rumah. Nak buktikan apa niaga yang kita buat dekat pihak bank pun tak boleh. Dah tu semua dokumen penting bank tanya takde, macam mana dorang nak bagi loan kan? Aku pun rasa frust juga kena reject kat ekspo perumahan masa tu. Lepas tu aku banyak baca macam mana cara nak beli rumah pertama kat artikel dan blog.

JENIS-JENIS BIDANG PENDAPATAN TAMBAHAN

Ada satu tips yang dorang kongsikan, kalau kita kurang kelayakan nak beli rumah disebabkan pendapatan daripada pekerjaan hakiki kita tak boleh tarik minat bank untuk approvekan loan, nak tak nak kena cari juga side income yang lain. Tapi side income macam mana yang boleh membuatkan kita ini layak untuk permohonan loan rumah? Jawapan dia ialah side income yang ada statement daripada company yang kita join tu.

Zaman sekarang ada banyak pekerjaan side income ataupun kalau nak buat income tetap terus pun boleh yang menawarkan penyata komisen yang boleh dijadikan dokumen sokongan untuk kita masa nak apply beli rumah. Asalkan perniagaan yang kita sertai tu kita buat betul-betul dan ada hasil. Bukan buat sekadar buat kerana perniagaan macam ini takde basic gaji.

Sangat rugi kalau tak pulun betul-betul. Antara yang kita boleh join ialah ejen perumahan, ejen insurans, ejen takaful, ejen penapis air, e-hailing ataupun macam-macam lagi lah. Biasanya penyata komisen yang keluar daripada syarikat ini sangat laku dan mudah untuk dapatkan loan rumah bila bawak penyata daripada side income yang macam ini.

REZEKI HADIR TIDAK DIDUGA

Macam aku sendiri, diberi peluang kawan baik aku sendiri untuk jadi ejen jualan penapis air. Daripada perniagaan lama dulu, aku bertukar ke perniagaan yang lebih aku rasakan kukuh untuk kerier yang lebih mantap akan datang. Alhamdulillah daripada start aku mula join memang aku buat betul-betul niaga ini. Tak pandang belakang dah.

Alhamdulillah lepas dah 8 bulan berhempas pulas, aku pun diberi peluang untuk mencuba nasib dan apply rumah pertama aku pangsapuri Harmoni yang terletak di Eco Majestic Semenyih di bawah pemaju Eco World. Harga rumah masa aku beli tu RM308.000. Syukur rezeki anak-anak aku. Akhirnya berjaya juga aku beli rumah pertama aku sendiri.

BERSAKIT DULU, BERSENANG KEMUDIAN

Jadi kalau ada sesiapa yang income bulanan dia belum betul-betul stabil, apa kata cuba buat side income. Aku yakin kalau kita betul-betul usaha dan betul-betul nak capai impian kita tu, takde perkara yang mustahil. Mula-mula memang rasa susah nak bahagikan masa antara 2 pekerjaan tapi percayalah semua tu sekejap je.

Bila kau dah dapat rentak dia, memang senang sangat. Tinggal lagi kau rajin atau malas nak buat. Peluang tu sentiasa ada kat depan mata tapi tak boleh nak harapkan semuanya datang sendiri kat kita. Kena lah usaha lebih sikit ya. Aku doakan moga yang baca perkongsian aku ini dapat sesuatu dan seterusnya berjaya beli rumah pertama yang di impikan, amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge