Tips kurangkan bau masakan dalam rumah

dapur-sebelah-pintu-rumah

Rumah aku ini jenis apartment. Rumah yang sederhana besar, lebih kurang 900 kaki persegi macam itulah. Bila rumah jenis pangsapuri ini faham-faham je lah kan.

Dah tentu ruangan dapur untuk kita masak tu tak berapa besar dibandingkan rumah teres. Macam rumah aku ini dapur dengan ruang tamu kira macam bercantum sekali.

Jadi bila kitorang masak memang satu rumah berbau. Ada macam-macam cara sebenarnya untuk kurangkan masalah ini. Aku kongsikan antara idea yang aku buat sendiri.

Buka tingkap dan pintu rumah

Mula-mula bila nak start masak itu, aku akan pastikan pintu rumah dibuka sikit. Tingkap dekat yard sebelah dapur kat bahagian letak mesin basuh ini pun aku biarkan terbuka.

Dengan cara ini aliran udara keluar masuk ke dalam rumah pun akan jadi lebih lancar. Wife aku pernah masak tak buka pintu, memang berasap habis satu rumah jadinya.

Hidupkan kipas

Lepas itu bila dah mula masak, aku pastikan kipas siling kat bahagian dapur ini dibiar hidup. Kebetulan rumah aku ini dapur dia memang ada kipas siling. Tak tau kalau rumah lain.

Bila aku hidupkan kipas, bau-bau masakan tadi takdelah berkumpul. Bau tu berpusing-pusing dan keluar melalui pintu tadi. Guna kipas berdiri tu pun boleh juga. Halakan kipas tu keluar rumah.

Gunakan alatan lain yang boleh membantu

Kebetulan kat rumah aku ini memang ada penapis udara. Asalnya beli untuk kurangkan habuk. Tempat tinggal aku ini kawasan baru, jadi banyak pembangunan tengah buat.

Bila tengah masak aku letak je bahagian dapur rumah. So dia sedut habuk dan sekali dia sedut bau masakan tadi. Kurang lah sikit bau lagi-lagi kalau ada tetamu kat rumah.

Boleh berbelanja lebih ikut kemampuan

Mungkin ada banyak lagi cara lain yang moden dan efisien untuk selesaikan masalah bau masakan ini. Ada orang mampu boleh beli macam-macam alatan yang ada dijual kat mall.

Boleh je buat survey dalam enjin carian kat internet. Apa yang aku kongsikan ini antara tips mudah dan cepat. Harap membantu untuk kurangkan masalah bau masakan ini ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge