Tips macam mana nak capai azam tahun baru

azam-tahun-baru

Bismillah. Lama pulak rasa tak menulis kat blog peribadi aku ni. Haritu aku ambik keputusan berehat kejap daripada menulis kat sini tapi takdelah aku sampai tak menulis langsung.

Cuma mungkin kat platform yang lain je. Hihi. So, sempena tahun baru ni, aku pun terfikir untuk nak menulis something yang boleh bagi manfaat kat orang ramai. Ini harapan aku.

Apa yang aku tulis lepas ni, semuanya daripada pandangan aku secara peribadi, jadi mungkin ada part yang akan bersetuju, dan mungkin nanti part yang dibaca tu kurang bersetuju.

Kat sini aku bagitau, aku cuma insan yang lemah. Tak pernah lari daripada kesilapan. Kalau ada yang salah, tegur lah aku baik-baik ye. Janganlah marah aku pulak. Huhu. Kita sama-sama belajar.

permulaan baru

Perlu ada perancangan yang baik

Okay, masuk pada topik yang aku dah mention kat atas tadi. Macam mana nak capai azam? Yelah, hari ni kan hari baru, permulaan untuk tahun 2021. Mesti ramai yang pasang niat dan berazam kan?

Macam-macam yang korang dah plan untuk tahun ni supaya korang boleh capai. Sama jugak macam aku. Aku pun ada benda yang aku nak capai jugak untuk tahun ni. So apa yang aku buat?

Macam ni. Ni berdasarkan pengalaman aku tahun-tahun yang lepas macam mana aku achieve apa yang aku target. Untuk pengetahuan, hujung tahun 2018 aku start buat bisnes penapis air dengan penapis udara.

So masa tu aku nekad, dalam bisnes yang baru ni, aku nak pecahkan target aku untuk nak beli rumah pertama aku dalam masa setahun. Alhamdulillah, dalam masa 8 bulan aku dapat beli.

Tapi aku bukan nak cerita macam mana aku boleh beli, berapa income aku semua. Aku nak cerita macam mana aku set azam aku tu supaya boleh capai, supaya boleh beli rumah tu.

tahu apa yang kita mahu

Penting kena declare azam kita dengan orang yang terdekat

Pertama yang aku buat, aku declare dengan team aku, dan aku declare depan manager aku masa tu HM Syima, yang aku nak beli rumah. Padahal masa ni aku baru je start meniaga.

Kemana haluan aku dalam bisnes yang baru ni pun aku tak tau. Cuma berbekalkan kepercayaan dengan leader merangkap kawan aku Amit, beliau ni tak pernah putus-putus bagi semangat yang aku boleh beli rumah aku sendiri.

Dalam masa terdekat, ye dalam masa terdekat. Aku pun yakin tak yakin je masa tu. Kat sini aku belajar, kita kena declare dengan orang yang kita percaya kalau nak capai impian.

Sebab orang-orang ni lah nanti yang akan dorong kita dan bagi semangat supaya kita dapat capai azam atau impian yang kita nak. Mesti kena bagitau orang, tak boleh pendam sorang-sorang.

Kalau kita tak declare, besar kemungkinan kita akan betray ataupun kita akan khianat dengan azam kita sendiri. Maksudnya kat sini, proses untuk nak capai apa yang kita nak tu tak mudah.

Yelah, benda tak pernah dapat lagi kan? So dalam perjalanan untuk nak capai tu, akan ada banyak halangan yang tak masuk akal. Jadi, kita akan ada banyak peluang untuk nak berputus asa masa ni.

Kalau kita pilih untuk nak give up, sampai bila-bila pun kita takkan capai apa je yang kita nak sangat tu. Semuanya jadi sia-sia je. Tak percaya, cubalah buat. Aku dah banyak kali tipu diri sendiri.

Sebenarnya aku lah yang rugi. Bukannya orang lain. Betul tak? Orang lain tu cuma nak tolong kita, nak bantu kita. Yang nak kena usahakan tu tetap atas diri kita sendiri. Faham ke faham part ni? Hihi. Okay ni baru yang pertama.

apa yang kita nak capai, hanya kita sendiri yang boleh tentukan

Buat satu dreamboard yang cantik

Kedua, bila korang dah declare apa yang korang nak tu, contoh nak beli rumah lah kan, korang mesti write down ataupun tulis kat satu kertas apa yang korang nak tu.

Tujuan dia supaya korang boleh nampak hari-hari azam yang korang nak capai tu. Kat sini, aku bagi contoh yang aku buat, Syima masa tu bagi aku satu kadbod warna biru yang memang besar.

Lepas tu kat atas kadbod tu aku kena tampalkan gambar rumah yang aku nak beli tu. Masa tu aku nak sangat beli rumah apartment, so aku pun guna printer kat rumah syima dan print satu gambar apartment.

Ala, gambar tu aku Google je. Lepas tu carilah yang agak cantik sikit. Then, aku pun tampal kat atas kadbot tu. Besar-besar aku buat supaya aku boleh nampak hari-hari.

Rumah yang aku nak tu memang spesifik. Aku nak rumah apartment yang ada 3 bilik. Harga dalam 300k, dan bayaran bulanan around 1000 ke 1200 sebulan.

Lepas tu rumah tu aku nak beli kat area Semenyih supaya senang aku nak jumpa dengan manager aku sebab dorang duduk sana. Sampai macam tu sekali aku spesifikkan jenis rumah tu macam mana.

cipta peluang kerana ianya usaha yang boleh dikawal

Kena tahu timeline bila nak achieve azam tu

Kemudian yang ketiga, korang kena ada timeline bila nak dapatkan rumah tu. Masa ni aku bagitau dengan Syima yang aku target nak beli rumah ni dalam masa setahun.

Lepas tu aku tergelak sendiri. Syima tegur aku, kenapa gelak? Yelah aku cakap, selama ni aku meniaga pasar malam nak dekat 10 tahun langsung tak dapat peluang nak beli rumah.

Aku tak boleh imagine macam mana aku nak beli rumah dalam masa setahun je, dengan bisnes ni pun baru lagi. Aku tak tau apa cabaran yang aku nak kena hadap lepas ni.

Syima cakap dengan aku, jangan lah ada mindset negatif macam tu. Semua tu doa. Kalau awal-awal kita dah cakap tak dapat, memang tak dapat lah cerita dia.

Tapi kalau kita yakin boleh dapat, insha ALLAH dapat. So daripada sini aku belajar, mindset sangat penting geng. Bila korang nak capai sesuatu yang korang nak, mindset mesti kena jaga.

Kalau tak, azam korang akan jadi angan-angan mat jenin jelah. Bukan sebab tak boleh dapat, tapi korang sendiri yang decide untuk taknak. Nak cuma kat mulut je, tapi hati kita duk kondem diri sendiri.

lebih baik bermula daripada tak melakukan apa-apa

Misi beli rumah pertama tercapai

Dan alhamdulillah, masa buat dreamboard ni bulan 1 2019, bulan 5 2019 aku submit loan untuk rumah pertama aku. Sebuah rumah apartment kat Eco Majestic Semenyih dan loan aku approve.

Rumah baru, 900 square feet, ada 3 bilik, 2 bilik air, siap ada fasiliti swimming pool, ada gym, playground, security, 2 parking, ada surau dan macam-macam lagilah.

Harga 308k, bulanan RM 1147 sebulan tapi sekarang ni interest tengah rendah sebabkan pandemik so bulanan aku jadi RM 937 sebulan. Syukur alhamdulillah sangat-sangat dengan rumah pertama yang aku beli ni.

Dan kat sini aku nak tekankan, yang aku cuma berusaha je. Sebab part kita sebagai seorang manusia wajib kena berusaha. Tu syarat untuk kita dapatkan sesuatu, mesti kena bekerja.

Tapi bila dah dapat tu bukan lah sebab usaha aku tu tadi, tapi sebenarnya bila kita dapat apa yang kita nak sebab memang ALLAH SWT dah izinkan nak bagi masa tu. Bukan sebab kita lagi dah.

pencapaian hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik

Manusia tak boleh kawal bahagian hasil, yang boleh di kawal bahagian usaha sahaja

So macam mana sekalipun, sebagai seorang Muslim, kita kena berpegang apa saja nikmat rezeki yang ALLAH Taala bagi tu memang asbab keizinan dari Dia, kita makhluk ni takde kuasa.

Yang berkuasa cuma Dia, so minta lah pertolongan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mendengar doa para hambaNya yang lemah. Kita cuma berusaha saja. Itu bahagian yang kita boleh control.

Part hasil tu kita tak boleh control. Tapi percayalah, ALLAH melihat dan menilai setiap apa yang kita buat. Kena serahkan kebergantungan tu hanya pada Dia semata-mata.

Insha ALLAH apa yang korang azam, apa yang korang hajat akan termakbul. Amin ya rabbal aalamin. Terima kasih sebab sudi baca. Dah lama tak menulis, jadi panjang pulak hari ni haha.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat, boleh copy link URL kat atas lepas tu boleh share kan kat korang punya media sosial okay. Jumpa next artikel. Assalamualaikum.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge