Tips memikat pelanggan

Bercakap-macam-customer-ada-kat-depan

Aku kalau tengah present dengan customer, aku memang pastikan setiap penerangan yang aku bagi tu jelas, tepat dan terang. Seboleh-bolehnya aku nak kena make sure setiap penerangan yang aku bagi tu takkan customer salah faham. Bukan apa, takut juga bila bagitau info yang salah ini akan buatkan customer tu hilang kepercayaan dengan aku.

Sebab kebanyakan customer yang berurusan dengan aku, memang tak pernah jumpa langsung depan-depan. Customer aku kebanyakan semua kat atas talian ataupun online. Customer bila kita jumpa depan-depan lagi senang kita nak berurusan sebab kita boleh bertentang mata bertemu lutut sesama dalam proses untuk nak closing customer. Lagi mudah nak sampaikan maklumat.

Gunakan teknik voice note

Untuk aku berurusan dengan customer online aku ini, salah satu cara ataupun teknik yang aku gunakan sekarang adalah dengan menggunakan perakam suara dalam aplikasi Whatsapp ataupun kita panggil biasanya voice note. Sebelum ini aku salah seorang yang menggunakan teknik menulis. Ada setengah orang nak closed customer dengan menaip ni jadi lagi senang dan lebih mudah dia nak sampai kan dengan jelas.

Macam aku sendiri pula, agak kekok nak menggunakan teknik macam ini. Dah beberapa kali aku cuba tapi kebanyakan customer aku akan turn off ataupun senang cakap tak jadi beli lah. Sama ada dia terus senyap tanpa khabar berita ataupun dia bagi rejection. Contoh macam nak tanya pasangan dulu lah, nak kira bajet dulu lah ataupun belum bersedia nak pasang lagi. So ini perkara yang selalu terjadi time aku nak closed customer dengan cara menaip.

Buat cold calling

Lagi satu, teknik yang aku gunakan sekarang ini yang buatkan aku jadi lagi mudah nak closed satu-satu customer adalah dengan teknik menelefon. Walaupun ada orang cakap teknik panggilan telefon ini teknik yang kuno ataupun ketinggalan zaman, aku still percaya yang teknik ini adalah salah satu teknik yang paling berkesan dalam kita nak deal sesuatu pakej tu dengan pelanggan kita. Tau tak sebab apa aku cakap macam ini?

Sebab bila kita buat panggilan telefon ini kita punya aura ataupun kredibiliti kita sebagai seorang ejen jualan yang komited tu lagi tersalah. Dengan pelanggan ni kita jangan bagi nampak nak menjual sangat. Kita sebaik-baiknya jadi pemudah cara ataupun lebih senang bahasa dia kita niat nak bantu dia untuk selesaikan masalah dia dengan menjual produk yang kita sedang niaga ataupun kita sedang usahakan.

Pikat hati pelanggan

Percayalah, bila kita memang niat nak bantu customer, ada banyak benda yang kita boleh borak dengan dia. Dan kita ini pun akan jadi seorang ejen jualan yang best di mata customer. Takde lah kita duk cerita tentang promo je semata-mata. Sedangkan kita tak pernah nak ambil tau pun masalah customer. Kita duk fikir dekat sebelah side kita nak menjual je tapi tak pernah nak fikir side belah customer ini pula.

Yang lagi tak bestnya, kita tak pernah tanya pun kenapa customer nak beli produk kita. Setiap kali present dengan customer tu, cuba lah tanya. Akak ataupun abang sebenarnya kenapa ya nak beli produk yang saya jual ini. Akak dengan abang ada alami masalah yang macam mana ya dekat rumah sekarang. Percayalah, kalau kau tanya soalan-soalan macam ini kat customer, confirm dorang akan cair punya lah.

Baru lah betul nampak kau ini seorang salesman yang menyelesaikan masalah orang, takde lah nampak macam penjual sangat. Macam biasa, jangan percaya, buat je. Hihi. Salam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge