“Alamak, esok pagi ada meeting lah. Baju kemeja putih time ni pulak boleh hilang. Sekarang dah pukul 10 malam. Mana nak cari baju malam-malam buta macam ni. Aduh, peningnya kepala… “
Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan. Saya pun tak terkecuali. Waktu-waktu kecemasan macam ni mesti ada sesuatu yang kita perlu nak guna tiba-tiba cari tak jumpa. Leceh betul.
Semalam baru perasan baju hilang. Puas dah memikirkan kat mana pula lah letak kemeja kerja ni. Esok pagi ada mesyuarat penting. Terpaksa cari baju baru. Nak pergi pasar raya memang tak buka lah sebab dah pukul lewat malam.
Chowkit Adalah Lubuk Bundle
Baru teringat dulu kan saya pernah jual pakaian terpakai atau biasanya kita panggil bundle. Jadi, saya pun hidupkan enjin kereta dan terus menuju ke Chowkit. Kalau ada yang tak tau, Chowkit salah satu tempat nak beli pakaian bundle yang terbaik kat kawasan Kuala Lumpur.
Waktu Beroperasi
Kebanyakan peniaga memulakan perniagaan seawal jam 4 petang dan biasanya mereka tutup lewat. Kadang-kadang pukul 2 pagi baru tutup kedai. Memang ada banyak kedai yang kita boleh singgah tapi nak cari satu-satu baju atau seluar yang cantik memang penat sebab terlampau banyak pilihan.
Senangnya Nak Pilih Yang Terbaik
Bila sampai saya terus membelek setiap pakaian atau istilah yang biasa digunakan kami panggil ‘menyelam’. Lebih kurang setengah jam terus saya jumpa kemeja yang saya nak. Nasib memang baik sebab saya dapat sehelai kemeja Burberry. Nak beli baru Kemeja Burberry ni memang mahal.
Bagi yang dah biasa pergi bundle mesti tau yang kalau kita bernasib baik, kita akan dapat baju yang ada brand ataupun kita panggil ‘rare’. Nak dapat memang susah sebab semua pakaian bercampur-campur yang cantik dengan tak cantik. Ada beribu helai, macam mana nak pilih kan.
Tips Memilih Pakaian Bundle
Saya kalau cari sekejap saja dah jumpa. Nak tau macam mana nak jumpa baju ‘rare’ ni? Senang je sebenarnya. Bila sampai dekat satu-satu kedai tu, biasanya kita akan perasan akan ada gantungan baju yang berkedut, dan akan ada gantungan baju untuk pakaian yang kurang berkedut?
Apa bezanya? Kawasan gantungan baju yang kurang berkedut, biasanya dah lama tergantung dalam kedai tu dan dah dipilih oleh ‘penyelam-penyelam’ manakala kawasan gantungan baju yang berkedut biasanya barang tersebut baru sampai atau dipanggil baru pecah guni.
Pakaian Terpakai Tapi Berjenama
Jadi lepas ini kalau nak pilih baju bundle, carilah dekat gantungan baju yang tengah berkedut-kedut. Biasanya pakaian tu baru sampai dan masih ‘fresh’ dan belum lagi ramai orang pilih. Mana tau rezeki jumpa kemeja Armani atau Hugo Boss kan?
Nanti bila dah dapat baju yang ‘rare’ dan limited edition, jangan lupa belanja Sabri cendol durian ya. Hehehe.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS BELI KERETA
Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
APA SUDAH JADI
Pagi tadi saya terbaca tentang satu artikel di internet tentang cubaan seorang budak tingkatan 1 terjun dari bumbung sekolah. Memang terkejut bila…... Baca selanjutnya »
APALAH SUSAH SANGAT
Alamak. Habislah aku kali ini. Masuk hari ini, dah berapa kali dah aku terlajak bangun pagi. Bila dah terlambat bangun, memang huru…... Baca selanjutnya »
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions