Tips menghadapi PKPB

reading-child-kid-story

Esok kita akan start balik pkpb. Singkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Sebab kes makin naik kat area KL, Selangor dengan Putrajaya. Termasuk sekali dengan Sabah. Ramai orang yang dah mula rasa tak tenteram.

Aku pun sama juga. Mungkin ada halangan untuk nak bergerak kemana-mana lepas ni. Dah tak boleh nak lepak makan kat kedai macam biasa. Apa pun harap kes turun lah balik. Nak tak nak kita kena ready.

Layankan anak-anak

Time macam ni, benda yang kita boleh buat kat rumah, ni pun daripada experience pkp sebelum ni, kita boleh duduk berkumpul dengan keluarga balik, makan sama-sama, masak sama-sama, tengok movie sesama.

Mesti tak perasan yang sebelum ni kita busy sangat dengan kerja kan. Ambil peluang ni untuk luangkan masa dengan anak-anak. Dorang mesti lagi happy bila kita selalu ada kat rumah. Momen macam ni memang akan jadi kenangan sampai bila-bila.

Deko dan cat rumah tukar warna lain

Lepas tu boleh lah start nak cat rumah ke, nak dekor rumah bila ada banyak masa terluang ni. Aku pun plan nak tukar colour dinding rumah sebab haritu anak-anak duk conteng habis dah macam-macam lukisan yang ada.

Percayalah, kalau tak duduk rumah macam ni, memang takde masa langsung nak mengecat bagai ni. Ada je benda lain yang kita nak buat. Confirm bila habis pkpb ni, rumah kita jadi cantik. Deko lah puas-puas jadi macam yang kat Ikea tu.

Baca buku

Satu lagi yang kita boleh buat, apa kata time duduk rumah ni kita banyakkan membaca. Yelah sebelum ni kita sibuk sangat sampai tak sempat nak baca buku kan. Kalau yang buat bisnes tu boleh lah baca buku berkaitan dengan bisnes.

Kita boleh upgrade knowledge dan skil bila kita selalu rajin membaca. Time macam ni pun boleh call customer kita yang sebelum-sebelum ni. Tanya khabar dorang, dan cuba bina hubungan yang baik dengan dorang balik.

Sentiasa bersyukur

Bila duduk rumah ni memang banyak benda yang kita boleh buat. Dan ramai orang yang buat benda yang sia-sia tak datang kan faedah apa-apa pun. Tak boleh lah macam tu. Setiap satu saat rezeki masa yang kita ada tu tak ternilai.

Ingat, manusia tu sentiasa lalai dan berada dalam kerugian. Jadilah manusia yang selalu menghargai apa je yang kita dapat dalam hidup. Sentiasa bersyukur dengan rahmat yang ALLAH SWT dah bagi. Barulah kita akan sentiasa happy dan tenang. Takde lah stress-stress ni.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge