Tips menjual barang dengan bakal pelanggan

fruit-shop-fruit-fruits-music-business-vaison-la-romaine

Ramai yang jumpa aku tanya macam mana nak yakinkan orang beli produk yang kita jual. Aku cakap benda ni tak mudah dan tak susah sebenarnya.

Paling penting kita sendiri kena betulkan mindset kita. Sama ada kita semata-mata nak jual produk yang kita jual, ataupun kita nak tolong customer.

Tolong daripada segi cara selesaikan masalah customer dengan rekemenkan produk yang kita jual. Masa tu customer kita tak rasa membeli pun dengan kita, dia rasa kita nak tolong dia.

Percayalah, kalau ada customer yang kata produk yang kita jual ni mahal, sebenarnya kita dah tersalah pilih target customer. Orang tu mungkin tak sesuai untuk dia beli barang kita.

Kita boleh bantu dengan buka peluang meniaga untuk dia sesama buat bisnes dengan kita. Itu baru lah kita betul-betul niat nak tolong, bukan setakat kak menjual semata.

Kita ajar dia, kita guide sebab kita dah ada knowlegde tu. Kita bantu dia supaya boleh berjaya lebih daripada apa yang kita sendiri. Itu lebih manis dan lebih indah bila sama-sama kongsi rezeki.

Untuk pelanggan yang memang ada niat nak membeli dengan kereta, tapi masih 50-50 nak buat keputusan, kita kena ambil berat dengan masalah dia. Kena pandai ambil hati.

Sebab kita meniaga dengan manusia bukan dengan robot. Manusia ni suka diberi perhatian. Tanya lah baik-baik kenapa dia nak beli barang yang kita jual tu.

Apa masalah yang dia tengah hadap kat rumah sekarang? Bila customer tu willing untuk share problem dia, masa tu korang dah berjaya buat customer tu cair dan jatuh hati.

Masa ni lah kita bagi advice yang sebaiknya dan kita sendiri yang bertanggungjawab untuk offer produk apa yang sesuai untuk dia, bukan bagitau customer tu untuk buat pilihan.

Tapi kita dah memang tau nak jual apa dengan customer kita tu supaya boleh bantu selesaikan masalah dia. Barulah kita jadi seorang seller yang bertanggungjawab dan dihormati.

Benda ni bukannya sekali buat terus jadi. Kena lalui proses dia jugak. Lama-lama barulah kita akan lebih faham macam mana nak kenal masalah setiap customer yang datang.

Ingat sampai bila-bila, ubah mindset, kita bukan nak menjual, tapi kita nak tolong.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge