Kebanyakan daripada ibu bapa termasuk saya sendiri ada masa-masa memang susah nak tidurkan anak-anak. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Saya ada 2 orang anak lelaki dan belum lagi ada anak perempuan. Sesiapa yang ada anak lelaki memang faham lah situasi ini.
Kadang makin kita paksa mereka tidur makin lah galak mereka susah nak tidur. Jadi kali ini saya kongsikan 3 cara mudah daripada pengalaman saya sendiri macam mana saya usaha bagi anak-anak saya masuk tidur bila sudah sampai masanya. Cubalah. Mana tahu jadi.
Pastikan anak-anak perutnya kenyang
Pertama saya akan pastikan anak-anak saya makan kenyang-kenyang dulu. Sama macam orang dewasa juga, budak-budak ini bila perut mereka lapar dah tentu senang meragam. Kadang tak tahu punca, tiba-tiba je dorang menangis terutama adik.
Jadi saya perasan bila saya bagi mereka makan dulu, emosi anak-anak saya ini lebih mudah untuk saya kawal. Mereka pun takde lah nak memberontak tak tentu pasal. Bila kita bagitau mereka dah sampai waktu tidur, laju je diorang masuk dalam bilik.
Bersihkan diri terlebih dahulu
Keduanya setiap kali sebelum tidur, saya akan pastikan anak-anak saya mesti dah mandi dulu. Yelah, kadang dah seharian berada di luar rumah ataupun kalau dalam rumah sekalipun mereka ini selalu aktif bermain sampai berpeluh-peluh basah baju.
Jadi saya pastikan mereka mandi dulu supaya mereka rasa segar dan selesa untuk nak tidur. Saya akan pakaikan baju baru yang sudah dibasuh, kemudian sapukan bedak supaya bertambah wangi, dan barulah saya biarkan mereka baring atas tilam.
Tutup semua lampu yang ada
Ketiga dan paling penting, saya akan pastikan lampu bilik tidur mereka tutup. Saya kurang gemar kalau waktu tidur tetapi bilik dalam keadaan lampu terbuka. Bagi saya lampu-lampu dan alatan eletrik yang ada dalam rumah membuatkan bilik terasa berbahang.
Semestinya keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tidak selesa tanpa kita sedar. Salah satu juga sebab saya tutupkan lampu untuk kurangkan bahang dalam bilik mereka supaya mereka lebih berasa tenang, nyaman dan mudah untuk tidur.
Tidur bersama mereka
Jadi ini antara tips mudah yang saya sendiri gunakan bila mana saya rasa anak-anak susah nak tidur. Kebiasannya kalau anak-anak saya macam berat nak masuk bilik, bila saya periksa mesti ada salah satu daripada bahagian ini yang saya tak buat.
Kadang anak-anak ini pun perlukan perhatian. Ada masa-masa tertentu saya memang tidur sekali dengan anak-anak saya ataupun saya pura-pura lena. Bila saya perasan mereka semua dah lelap, barulah saya masuk ke dalam bilik saya semula.
Itu saja, terima kasih. Semoga bermanfaat.
Artikel menarik untuk anda:
Tips cara simpan minyak wangi di rumah
Aku sekarang ini tengah plan nak beli 1 minyak wangi setiap bulan. Aku memang suka bau minyak wangi sebab tu aku rasa…... Baca selanjutnya »
Mana satu nak pilih, antara mainan anak ataupun minyak wangi sendiri?
Kadang kita ini suka beli sesuatu barang itu untuk nak puaskan hati sendiri. Bahasa mudah yang selalu orang guna kira macam nak…... Baca selanjutnya »
Anak mudah sakit disebabkan persekitaran yang berhabuk
Aku ada 2 orang anak kecil. Biasalah budak-budak ini selalunya mudah sensitif sikit. Masa kecil memang kena sentiasa pantau dan ambil berat…... Baca selanjutnya »
3 tempat menarik bawa anak-anak berjalan selepas tamat tempoh kawalan pergerakan
Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang…... Baca selanjutnya »
Aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah
Semenjak duduk di rumah lebih sebulan, banyak aktiviti yang saya dan anak-anak lakukan bersama-sama untuk mengisi masa lapang di kala kami semua…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions