Betul lah orang kata. Kalau kita meniaga ni kena pandai urus masa. Aku perasan sekarang ni bila ada beberapa kerja aku nak kena siapkan dalam satu masa.
Memang tak terkejar kalau kita tak manage time kita betul-betul. Dalam masa yang sama bukan takde masa, tapi lebih banyak buang masa dalam tak sedar.
So aku ada dengar daripada cikgu aku sendiri, nak jaga masa ni kena ada jadual yang teratur. Maksudnya kita kena tahu apa yang kita nak buat keesokan harinya.
Maknanya start malam ni dah plan apa nak buat esok. Pukul berapa nak bangun tidur, dan sampai pukul berapa nak tidur balik. Barulah kita dapat rehat yang cukup.
Kedua kena disiplin. Bila kita dah ada jadual kita kena ikut apa yang dah dalam jadual kita tu. Tak boleh setakat buat tulis atas kertas je. Padahal tak buat pun.
Tu menipu diri sendiri nama dia. Memang takkan berjayalah kalau dah memang diri sendiri pun sanggup ditipu. Betul tak? Orang yang berjaya orang yang sentiasa disiplin dengan kerja.
Ketiga kenalah solat awal waktu. Kut mana pun kita dalam Islam tak boleh nak melambatkan solat. Bila kita lambatkan solat, tu yang jadi masa tu macam tak cukup je.
Apa-apa pun masuk je azan, apa yang kita tengah buat kena tinggalkan dah. Solat dulu, yang lain kemudian. Bila kita boleh manage solat kita awal waktu, lebih mudah kita nak urus hal duniawi ni pula.
Semuanya atas diri sendiri je. Kalau kita sungguh-sungguh nak berjaya, kita kena sentiasa praktis untuk perbaiki diri kita sendiri sampai lah dapat tune yang sebetul dia.
Paling penting kena sabar, kalau tak sabar tu yang cepat putus asa tu. Bila dah putus asa terus rasa nak meniaga ni susah. Bagitau lah, kerja apa yang senang atas muka bumi ni.
Semuanya susah. Kena sabar.
Artikel menarik untuk anda:
Uruskan masa baik-baik dalam kerja
Semua orang ada masa 24 jam sehari. Takde yang lebih takde yang kurang. Kalau kata tak cukup juga, itu bukan pasal masa,…... Baca selanjutnya »
Dipuji kerana pandai memilih bauan minyak wangi yang baik
Dulu masa sekolah aku ini salah seorang yang suka guna minyak wangi. Mungkin dah jadi kebiasaan sebelum solat aku akan gunakan pewangi…... Baca selanjutnya »
Pentingnya mengurus duit dengan baik
Bila kita dapat duit, tak kisah lah banyak ke sikit, kita kena pandai uruskan duit-duit yang kita dah dapat. Nampak macam benda…... Baca selanjutnya »
Bersangka baik walau susah macam mana pun hidup
Susah macam mana pun kita rasa hidup ni, tak kisah lah kita kerja makan gaji ke, kita berniaga ke, kena selalu sangka…... Baca selanjutnya »
RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions