Tolong orang betul-betul

bantu-orang-yang-dalam-kesusahan

Bila kita nak tolong orang, tolong lah betul-betul. Jangan bagi harapan palsu dekat orang tu. Kita tak tau apa yang orang tu tengah alami dalam hidup dia.

Mungkin dia memang betul-betul dalam kesusahan. Tak tau dengan siapa nak mengadu. Bila kita tak tolong selesaikan masalah dia, mesti dia akan rasa kecewa.

Hilang kepercayaan pada diri

Perasaan ini memang tak bagus. Kau akan mula hilang kepercayaan daripada orang lain. Kredibiliti kau akan jatuh. Kau akan dianggap seorang yang tak bertanggungjawab.

Ini bahaya untuk kelangsungan hidup kau akan datang. Pergi mana-mana orang dah tak suka dengan kau. Hidup kau akan jadi murung sebab takde orang nak kawan.

Hidup biar bagi manfaat kat orang lain

Percayalah, bila kita selalu tolong orang. Orang akan tolong kita balik. Kita tak tau masa bila kita dalam kesusahan pula. Masa itu baru sedar langit tu tinggi ke rendah.

Jadi lah orang yang boleh bagi manfaat dekat orang lain. Hidup kita atas muka bumi ini tak lama. Apa yang kita dah buat itu lah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Buat perkara baik orang akan ingat yang baik-baik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge