Dalam minggu ini, 2 kali aku dengar cerita tentang isteri curang dengan suami. Allahu, sedih betul bila aku dapat tahu kes macam ini. Suami pergi training askar 6 bulan, isteri pula tengah mengandung boleh pula pergi couple dengan lelaki lain. Jatuh cinta dengan kawan satu tempat kerja pula tu. Fuh bahaya betul bila jadi kes macam ini.
Memang benda-benda macam ini boleh jadi ye. Aku ingatkan dalam drama-drama tv je. Aku pun tak tahu apa masalah isteri ini takde angin takde ribut boleh bercinta dengan lelaki lain. Padahal tengah mengandung tu. Kesian suami kena macam tu je dengan isteri.
Fikirkan kesan dan akibat satu-satu perbuatan yang kita lakukan
Benda macam ni tak patut jadi sebenarnya. Sebab kita ini Islam. Dalam Islam memang dah larang perbuatan curang macam ini. Hukuman dia memang berat kalau ikutkan dalam undang-undang agama sebab orang yang buat salah ni dah berkahwin. Kena tanya balik orang yang pakar dalam agama tapi perbuatan curang ini memang tak baik.
Sepatutnya sebelum nak buat sesuatu benda itu kena lah fikir panjang. Kita kena ingat setiap perbuatan kita itu ALLAH SWT nampak. Jangan disebabkan dah terpesong dengan hawa nafsu sampai sanggup buat perbuatan terkutuk dan tercela tanpa rasa bersalah langsung. Sedangkan kita dah ada suami, dah ada anak.
Dugaan perhubungan jarak jauh
Benda ini boleh elak kalau kita jaga agama kita baik-baik. Bila agama kita ambil mudah, itu yang senang terhasut dengan godaan syaitan tu. Orang kata sedap tu sekejap je, tapi nak menanggung perbuatan terkutuk tu seumur hidup kesan dia. Kedua cara nak elak jadi macam ni, kalau boleh janganlah berjauhan dengan pasangan daripada segi kerja ini.
Bukan nak kata tak bagus bila suami kerja jauh dengan isteri, tapi kita nak mengelak benda-benda macam ini jadi lah sebenarnya. Memang lah kalau kata nak curang tu, hari-hari jumpa pun pasangan boleh je nak curang. Itu atas diri masing-masing. Cuma bila hubungan jarak jauh ini, memang dugaan dia lain macam. Walaupun kita dah berhati-hati, tetap ada orang yang nak ambil kesempatan.
Selesaikan sesuatu masalah dengan matang tanpa terikut-ikut emosi
Apa-apapun kalau berita yang aku dengar ini betul, aku harap benda ini boleh diselesaikan baik-baik. Kesian dekat anak-anak, dorang kecil lagi tak tahu apa-apa. Kita sebagai orang luar janganlah terus menghukum tanpa usul periksa. Biar suami isteri yang terlibat ini selesaikan hal ini baik-baik tanpa ada sebarang perkara tak baik berlaku.
Boleh minta pihak jabatan agama untuk bantu bagi penyelesaian terbaik supaya apa-apa keputusan akhir nanti, semua dapat pengajaran daripada apa yang berlaku. Kita sebagai manusia sentiasa diberi pilihan sama ada nak buat perkara yang baik ataupun perkara jahat.
Fikirlah kesan dan akibat daripada perbuatan kita itu macam mana pun akan dapat balasan dekat akhirat nanti.
Artikel menarik untuk anda:
Jangan selalu cepat merungut dengan rezeki yang dah diberi.
setiap manusia tu mesti akan lalui fasa susah dalam hidup dia. kan ke hidup kita ini ibarat roda. kadang kat atas kadang…... Baca selanjutnya »
Suami berjauhan kerana tugas, isteri curang dengan orang lain
Hari ini ada sorang kawan aku, kira aku anggap macam abang aku juga lah. Dia bagitau yang dia dah cerai dengan isteri…... Baca selanjutnya »
Kena tinggal dengan pasangan, apa nak buat?
Rileks la bro. Takkan baru lepas kena tinggal dengan awek kau dah frust menonggeng tak tentu hala kan. Sabar, bawa bertenang. Yang…... Baca selanjutnya »
Jangan takut dengan rezeki ALLAH SWT nak bagi
ramai orang kadang rasa tak yakin nak buat sesuatu. betul ke apa aku buat ini? boleh ke kalau aku buat ini? aku…... Baca selanjutnya »
Jangan sibuk dengan kerja sampai anak terabai
Seminggu ini aku dapat rasa hari aku sibuk sangat. Company tempat aku meniaga ni bagitau yang kitorang ada 2 hari closing dalam…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions