Ujian akan sentiasa ada bersama dalam hidup

hidup-ini-sangat-indah

Manusia sentiasa diuji dengan macam-macam dugaan. Sama ada bersedia ataupun tak bersedia. Ujian tu datang dalam macam-macam bentuk dan keadaan. Ada yang datang dengan kegembiraan dan ada yang datang dalam kesulitan. Berapa tinggi nilai satu-satu ujian itu bergantung tahap keimanan yang ada dalam diri.

Allah SWT meletakkan ujian terhadap hamba Nya sesuai dengan keupayaan mereka untuk berdepan setiap dugaan yang diterima. Mungkin kita rasakan ujian yang sedang di lalui ini sangat berat tapi percayalah. Dekat luar sana ada yang lagi susah daripada apa yang kita tengah lalui sekarang.

Sedar dengan kekurangan diri sendiri

Bukan kita seorang je yang rasakan kesusahan. Sampaikan satu tahap yang tak diduga hingga sanggup persoalkan Tuhan kenapa diperlakukan sampai macam ini sekali. Bahaya, hati-hati dalam percakapan. Sebab kita dalam tak sedar sedang mempertikaikan qada dan qadar yang dah jadi ketetapan.

Bila sampai tahap yang tak boleh nak di teruskan lagi, sepatutnya kena sentiasa check balik diri sendiri. Pergi rujuk dengan orang yang lebih arif. Mereka sentiasa bersedia untuk bantu pulihkan semangat balik andai kata merasakan dugaan yang sedang dihadapi sangat berat dan tidak tenteram. Ada ramai pakar kaunseling yang boleh dirujuk.

Kembali kepada fitrah manusia diciptakan

Atau yang paling mudah, bila hati rasa tak tenang diuji dengan pelbagai dugaan, pergilah rajinkan diri melangkah ke masjid yang dekat dengan rumah. Kat sana ada ustaz ustazah yang sedia mendengar luahan dan boleh berikan pandangan daripada sudut agama Islam yang memang dah ada lengkap semua cara penyelesaian.

Back to normal balik. Mungkin sebelum ini selalu lalai dengan sikap sendiri. Jaga balik solat 5 waktu secara berjemaah konsisten. Banyakkan bacaan Al-Quran sebab daripada bacaan itu kita boleh rasakan ketenangan hati yang tak boleh nak diceritakan dekat orang lain. Diri sendiri yang boleh rasa. Banyakkan juga bersedekah supaya belajar untuk bersyukur.

Buat sesuatu perkara bukan semata-mata kepuasan untuk diri sendiri

Jangan sekali-kali lari daripada dugaan yang sedang melanda. Hadapi dengan tenang dan cari cara nak selesaikan sebaik-baiknya. Banyak berdoa mohon keampunan andai kata dugaan yang melanda diri tu terlampau sadis dan tak pernah terbayangkan dalam hidup. Berdoa supaya Allah SWT hantarkan orang orang yang baik untuk bantu.

Buat semua yang sentiasa mahu perbaiki diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, jangan sekali-kali putus asa. Akan sampai satu ketika diuji jangan cepat mengalah. Perjuangkan segala apa yang mahu dicapai dalam hidup sebelum ini, lebih-lebih mahu melihat kegembiraan terukir di wajah insan-insan yang tersayang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge