Untungnya beli rumah masa muda

temankan-ojang

hari ini aku teman ojang salah seorang team leader kitorang. dia sign agreement rumah pertama dia. wah bestnya. kalau nak tau ojang ni antara orang yang sesama dengan aku masa join buat bisnes yang sekarang aku usahakan ini. bila teman dia tadi teringat balik masa kitorang baru masuk setahun yang lepas nak dekat 2 tahun.

sesama blur tak tahu apa nak kena buat. aku tengok dia, dia tengok aku. so kitorang pun ikut je apa yang dibagitau masa itu. kena buat ini kitorang ikut, kena buat itu kitorang ikut juga. alhamdulillah bila nak dekat 2 tahun ini macam-macam pencapaian yang kitorang dapat. ojang lebih-lebih lagi.

Usia bukan penghalang

sebab dia lagi muda daripada aku. umur dalam 27-28 macam itu. entah. aku pun sampai lupa umur ojang berapa haha. tapi memang lagi muda daripada akulah. dah ada rumah sendiri, harga cecah 400k memang bukan calang-calang orang yang boleh buat. lagi muda macam dia ini mana biasanya fikir nak enjoy je.

dia pun enjoy juga, tapi dalam masa dia enjoy itu dia tetap beringat. time kerja memang pulun habis-habisan. takde bagi chance untuk nak malas-malas. time bercuti holiday memang dia lah paling havoc. cakap je pulau mana dia tak pernah pergi, haha. semua tempat dia dah sampai. aku pun terinspirasi dengan dia.

Buat sampai dapat

bagi aku, takde benda yang mustahil kita dapat selagi kita percaya yang kita mesti akan dapat. lepas itu kena buat lah konsisten. tak mungkin dapat free-free macam itu je kan. ojang pun semenatara nak dapat pagi petang siang malam memang dia akan fokus dengan matlamat yang dia nak capai. dia tak pernah bagi ruang untuk rasa selesa.

sebab itulah dia boleh capai apa yang dia nak. kalau kita dapat itu memang rezeki ALLAH SWT nak bagi. tapi usaha itu wajib kena buat. tak boleh tak buat. tak boleh nak goyang kaki je. so bagi aku jangan pernah jadikan apa-apa alasan pun sebagai penghalang untuk kita nak capai apa yang kita nak capai. lawan je semua halangan itu.

tak percaya tengoklah. bila kita berjaya lawan baru lah kita boleh ke peringkat seterusnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge