Usaha keluar daripada tekanan perasaan

jangan-pendam-perasaan

Kita sekarang ni tengah pkp. Kali ni lagi ketat sebab kita tak boleh keluar rumah sesuka hati. Tak boleh nak jumpa orang, tak boleh nak lepak kat kedai makan.

Kehidupan kita jadi tak normal. Lagi dengan kes jangkitan yang makin naik. Takde tanda-tanda macam nak surut. Banyak orang yang dah kena.

Ada kawan-kawan sendiri yang kena. Ada mak ayah dorang yang meninggal dunia. Semua benda jadi tak kena. Semua benda jadi stress. Macam-macam rasa, nak give up lah.

Lagi-lagi bila meniaga pun effect sekali. Barang yang di jual tak boleh nak pasang. So untuk produk yang tak boleh pasang takde lah dapat komisen.

Takde komisen takdelah gaji. Mana nak bayar rumah, mana nak bayar kereta. Bil-bil pun banyak yang tak settle lagi. Memang pening gila kepala ni fikir.

jangan terlampau memikirkan perkara yang dah jadi

Rasa macam nak pecah je kepala bila fikir tak habis-habis. Entahlah, tau ada orang yang lagi susah sekarang ni. Semua orang ada bahagian masing-masing dorang diuji.

Setakat ni usaha jugak untuk sabar. Walaupun, kadang dah tak boleh nak fikir apa yang kena buat. Apa je aktiviti setiap hari semua rasa tak kena. Rasa tak betul.

Anak-anak kadang jadi mangsa. Kena marah, kena tengking tak tentu pasal. Padahal dorang pun sama jugak. Dorang pun tak boleh keluar time sekarang ni. Dah berapa lama dah.

Budak-budak langsung takde peluang nak main dengan kawan-kawan dia. Duk mengadap telefon je. Tak dibagi, mengamuk, bila di bagi tak berhenti main game.

Apa yang boleh buat, cuma berharap dengan Allah Taala. Hari – hari minta doa supaya semua jadi macam biasa balik. Jadi normal balik. Cepat lah penyakit ni hilang.

setiap kesusahan mesti ada jalan keluar

Nak balik kehidupan yang asal macam sebelum ni. Boleh borak dengan orang, boleh lepak sesama. Boleh buat aktiviti ramai-ramai. Boleh pergi bercuti kat pantai.

Ye, bukanlah orang yang suka sangat nak pergi bercuti tapi sekarang ni baru sedar. Betapa bestnya bila boleh bercuti selepas dah kena kurung dalam rumah sendiri ni.

Mana yang tengah rasa benda yang sama juga, bersabarlah. Korang tak keseorangan. Memang betul sumpah ramai gila yang tengah terkesan sekarang ni.

Apa boleh buat, kita perbaiki lah balik amalan kita. Jaga dan tingkatkan semua amalan wajib, tambah baik amalan-amalan sunat yang kita kena buat sebagai seorang manusia.

Banyakkan zikir, dengan mengingati Allah hati akan jadi lebih tenang. Kita masih ada keluarga yang sayangkan kita. Masih ada kawan-kawan yang peduli pasal kita.

jangan bertindak di luar kawalan

Tak perlu buat perkara yang boleh merugikan diri sendiri. Sayang diri kita sendiri lebih daripada apa yang kita sayang atas muka bumi ni.

Sebab diri kita ni amanah dan tanggungjawab yang dah diberikan kepada kita. Harap andai kata ada yang terkesan dan give up, ingat lah Allah SWT sentiasa ada dengan kita.

Moga diampunkan segala dosa-dosa kita yang dulu, sekarang dan akan datang. Amin-amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge