Aku ini orang yang jenis cepat gelabah. Kalau ada sesuatu perkara yang buat aku rasa cemas, aku akan cepat jadi tak keruan. Mulalah buat satu-satu perkara tu ada saja yang tak kena.
Benda ini mungkin dengar macam kelakar kalau orang yang tak biasa atau memang takde perasaan macam ini. Bagi aku ini memang salah satu masalah yang aku kena belajar untuk kawal dan kena atasi.
Memperbanyakkan amal ibadah
Ada banyak benda yang aku buat untuk aku control perasaan ini. Dalam agama kita memang diterapkan untuk memperbanyakkan amalan ibadah dan sentiasa mengingati Tuhan.
Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Terngiang-ngiang ayat yang ustaz aku selalu sebut-sebut dulu masa dekat sekolah rendah. Sampai sekarang aku ingat.
Bila jadi situasi macam ini, kena back to basic balik. Bermunajat mohon keampunan atas segala perbuatan yang pernah kita buat. Lepas itu bersyukur dengan rezeki yang dah diberi.
Mendengar muzik instrumental
Keduanya aku banyak mendengar alunan muzik yang menenangkan. Ada banyak muzik terapi yang boleh kita dengar ikut pada citarasa masing-masing.
Aku sangat suka dengan muzik jazz. Bila dapat dengar bunyi saxophone, hati aku tetiba je rasa tenang. Susah nak cakap macam mana ketenangan yang aku rasa itu. Buatkan aku rasa lega.
Menghidu wangian yang menggembirakan
Ketiganya, dah tentu aroma bau-bauan yang harum dan wangi. Tak kisah lah bau minyak wangi ke, bau bunga ke ataupun apa saja yang berbau harum, even pelembut baju sekalipun, memang boleh buat aku rasa relax dan cool.
Biasanya dalam keadaan yang resah, aku akan capai tuala, aku mandi dengan air panas, kenakan sikit minyak wangi, kemudian layan lagu kat Spotify. Automatik aku akan rasa lebih relaks.
Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya
Jadi, andai kata sekarang ini tengah dilanda perasaan yang kurang tenteram, ataupun gelisah tak tentu arah, aku sarankan cuba step-step yang aku kongsikan ini.
Insha Allah aku doakan semoga kita semua sentiasa diberi ketenangan dalam apa sahaja situasi yang sedang melanda ketika ini. Apa yang terjadi adalah takdir yang dah ditetapkan.
Berserah bulat-bulat pada Yang Maha Esa, redha dengan segala ketentuan dan berusaha untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik daripada semalam.
Amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
Kelebihan menggunakan satu jenis minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan kelebihan bila kita pakai satu jenis minyak wangi dan kita tak tukar-tukar minyak wangi. Bagi aku tak…... Baca selanjutnya »
Tanda-tanda minyak wangi itu sesuai dengan kita
Sekarang ini kat pasaran ada banyak jenis minyak wangi yang orang jual. Ada yang asli ada yang tiruan. Tak kisah lah beli…... Baca selanjutnya »
3 M yang buatkan orang taknak pakai minyak wangi
Aku perasan memang ada orang kita ini yang memang tak suka nak pakai minyak wangi. Aku pun tak tahu, kadang tak boleh…... Baca selanjutnya »
Jangan buat 3 perkara ini bila nak gunakan minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan sikit pengalaman aku sepanjang guna minyak wangi. Ramai orang suka pakai minyak wangi dan ramai orang yang…... Baca selanjutnya »
Rasulullah SAW sangat menyukai minyak wangi dan wangi-wangian
Semalam aku ada dengar satu video ceramah Kat YouTube. Macam biasa waktu malam bila semua kerja-kerja follow up customer dah settle, aku…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions