Warkah dari perbatasan buat Tuan General

Cita-cita-tinggi

Salam Tuan General. Saya tak tau nak mulakan daripada mana. Saya cuma nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Saya tak pernah jumpa tuan. Bercakap bertentangan mata apatah lagi.

Tapi saya banyak terinspirasi dengan karya-karya tuan. Mungkin saya ini bukanlah pakar untuk menafsir sedalam-dalamnya apa yang tuan sampaikan dalam lirik-lirik lagu tuan.

Saya tertarik dengan cara tuan menghilangkan diri dalam dunia seni dan membiarkan hasil buah tangan tuan sahaja bermaharajalela di setiap corong-corong pembesar suara.

Kebanyakan karya tuan memang takde siapa yang boleh sangkal kehebatannya. Saya akui yang memang saya kagum dengan usaha yang tuan dah curahkan dalam industri seni tanah air kita.

Sekali kenal terus jatuh cinta

Saya mula kenal naskhah tuan masa tu tahun 2001 kalau tak silap. Saya darjah 5. Budak hingusan lagi tuan. Tapi saya beli kaset Too Phat masa tu dekat Campbell Complex. Bapa saya meniaga kat belakang kedai kaset tu.

Daripada situ saya duk ulang-ulang main kan lagu Anak Ayam. Saya memang suka sangat lagu tu. Perasaan dia sama macam budak-budak dapat lollipop. Saya tidur pun duk main kan lagu tu juga lagi

Lepas itu saya dihantar sekolah kat Kedah sampai 5 tahun. Kat sana dorang layan lagu Bumiputera Rockers tuan. Saya tak dapat nak dengar lagu tuan sangat masa kat sana.

Lepas habis Spm saya terus niaga dan saya ingat lagu 2010 Masih Hip Hop. Saya mula cari balik lagu-lagu tuan tapi susah nak jumpa. Masa ini dorang kata tuan dah taknak keluar tv dah.

Akses dengar lagu jadi lagi mudah

Dan lepas tu tuan buat lagu dengan Black Teman Pengganti. Memang best gila. Saya selalu ulang-ulang lagu tu masa niaga kat Downtown Cheras. Time tu nak bulan puasa nak dekat raya.

Dan masa lagu dengan Dayang Nurfaizah tu memang meremang habis semua bulu roma saya. Saya dah tak boleh tahan rasa suka saya dengan lagu-lagu tuan. Dah lebih senang semuanya ada dalam Spotify dah.

Banyak lagi lagu tuan yang saya dengar. Kalau saya tengah down takde sale saya dengar lagu Cuba Lagi. Setiap kali dengar mesti akan sebak dan kadang-kadang saya menangis sendiri.

Tuan, saya nak tuan tau yang saya sedang usahakan sesuatu yang sangat besar. Dan apa yang saya sedang usahakan ni dikecam hebat oleh ramai orang. Tapi niat saya cuma satu.

Jadi inspirasi dalam lapangan kerjaya

Saya nak bantu lebih ramai orang lagi yang dalam kesusahan. Yang pernah lalui fasa struggle dalam hidup sama atau lagi teruk yang saya dah pernah lalui.

Setiap kali saya terima kecaman, saya selalu kuatkan semangat saya dengan lirik-lirik yang ada dalam lagu tuan. Contohnya ada je apa yang kita buat orang tak pandang.

Tapi kita bukan nak kisahkan apa yang orang nak kata. Kita kena buktikan dengan result sahaja apa yang kita buat. Saya pegang dengan kefahaman yang saya simpan dalam diri.

Saya tau kehidupan kita atas muka bumi ini taklah mudah. Akan ada banyak je siri-siri ujian yang kita tak pernah nak sangka. Saya tau ujian yang tuan pernah terima mesti lagi berat.

Kejayaan terindah dalam hidup

Cuma saya nak bagitau kat tuan. Jangan pernah berhenti untuk bagi inspirasi dekat orang yang macam saya ini ya. Ada ramai lagi yang perlukan semangat untuk berjaya seperti tuan.

Saya berharap kehidupan tuan sentiasa dipermudahkan. Saya tau satu perkara yang mustahil untuk saya berjumpa berhadapan dengan tuan secara berdepan.

Untuk saya pernah kenal karya tuan pun dah buatkan saya bersyukur sangat-sangat. Sentuhan yang tuan bagi terpanah tepat dalam hati saya.

Saya nak tuan tau yang tuan sentiasa ada dalam doa saya. Teruskan dengan hasil karya yang agung. Tuan akan sentiasa ada dalam mimpi-mimpi indah saya.

Assalamualaikum Tuan General,

Szalute.

Sabrijati Jalil
22 Februari 2020

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge